MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT GRAMATIS MURID TAHUN 5 DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU (BAHAGIAN A) MENGGUNAKAN KAEDAH
PELAN MAKLUMAT DAN KATA TANYA
Oleh
PANITIA BAHASA
MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN JELAWAT,16370 BACHOK KELANTAN
AHLI JAWATANKUASA:
FUZIAH BT ISMAIL
SABARIAH BT AWANG AHMAD
MAZNAH BT DERAHMAN
GHAZALI B. LATIFF
ABSTRAK
Kajian tindakan ini adalah disasarkan kepada 20 orang murid Tahun 5 ,
Sekolah Kebangsaan Jelawat, Bachok bagi meningkatkan lagi prestasi mereka dalam
penulisan bahagian A menggunakan kaedah Pelan Maklumat Dan KataTanya. Kaedah
yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk melatih murid-murid menulis ayat
yang gramatis berdasarkan bahan grafik. Kaedah pengumpulan data yang digunakan
dalam kajian ini adalah melalui markah 3 siri ujian dan latihan harian. Kajian
ini mendapati bahawa ada peningkatan dalam pencapaian murid-murid dari segi
pengskoran mereka. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa ada perubahan
yang positif dalam amalan pengajaran kami sebagai guru yang mengajar mata
pelajaran ini berbanding pengajaran sebelum ini.
LATAR BELAKANG
KAJIAN
Bahasa Melayu penulisan
mengandungi 3 bahagian wajib dijawab
oleh calon iaitu bahagian A,bahagian B dan bahagian C.Bahagian A dikenali
sebagai item memindahkan maklumat. Calon dikehendaki memindahkan maklumat daripada bahan ransangan kepada
maklumat berbentuk ayat.Ayat yang dibina haruslah gramatis iaitu betul struktur
dan tatabahasanya. Sebarang bahan rangsangan berbentuk grafik seperti gambar
tunggal,gambar bersiri,graf,carta,rajah,data dan peta boleh digunakan..Jawapan calon perlulah
mengandungi perkara-perkara tersurat daripada gambar berkenaan. Masa yang
diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini selama 15 minit. Markah yang
cemerlang antara 8 hingga 10 markah dan calon perlulah menggunakan ayat yang
gramatis iaitu mengikut prinsip-prinsip tatabahasa dan ayat pula haruslah
menepati maklumat tersurat dalam bahan grafik .
PERNYATAAN MASALAH.
Kami mengajar Bahasa Melayu untuk
murid-murid Tahun 5 pada tahun 2011 iaitu sebanyak 4 kelas. Memandangkan pada
tahun hadapan iaitu 2012, murid-murid ini akan menduduki
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, pencapaian bagi subjek ini haruslah ditingkatkan.Faktor
yang dikenal pasti mempengaruhi keputusan subjek ini ialah penguasaan kemahiran
menulis ayat yang gramatis . Sebuah kelas tahun lima telah dipilih dalam kajian
ini yang melibatkan seramai 25 orang
murid. Berdasarkan keputusan peperiksaan Penulisan Bahasa Melayu pertengahan tahun 2011
yang lalu, kami dapati masih ramai murid kelas ini mendapat pengskoran pada tahap baik dan memuaskan seperti yang digambarkan pada Jadual 1.
PENGSKORAN
|
BIL
|
PERATUS
|
CEMERLANG
(8 HINGGA 10 MARKAH)
|
5
|
20%
|
BAIK
(5 HINGGA 7 MARKAH)
|
18
|
72%
|
MEMUASKAN
(3 HINGGA 4 MARKAH)
|
2
|
8%
|
PENCAPAIAN TAHAP MINIMUN
( 0 HINGGA 2 MARKAH)
|
0
|
0%
|
Jadual 1: Analisis Pengskoran Bahagian A Penulisan
Bahasa Melayu pertengahan tahun
2011.
Berdasarkan Jadual 1, didapati 80% iaitu 20 daripada 25 orang murid kelas ini mendapat
pengskoran pada tahap baik dan memuaskan. Analisis ini menunjukkan
bahawa terdapat sebilangan besar murid kelas ini yang masih lagi sederhana
pencapaian mereka dalam Penulisan bahagian A Bahasa Melayu. Kami telah
memulakan tinjauan awal kajian ini pada awal
bulan Julai 2011 yang lalu. Melalui maklumat awal ini, kami telah
meneliti dan mengenal pasti kelemahan murid-murid ini melalui latihan harian
mereka. Rajah 1 merupakan salah satu latihan penulisan seorang daripada murid
berkenaan.
RAJAH 1- CONTOH LATIHAN HARIAN MURID
Latihan tersebut
menunjukkan murid berkenaan masih lemah yang mana perkataan yang digunakan amat terhad dan kurang sesuai dengan bahan grafik.Pemilihan
kosa kata juga kurang sesuai disamping kelemahan dalam menguasai sistem tanda
baca dan ejaan.Murid ini gagal untuk membuat ayat yang gramatis dan sesuai
dengan tahap kematangan pelajar tahun Lima.
Terdapat dua sebab
mengapa pencapaian murid-murid ini berada pada tahap yang sederhana. Pertama,
murid-murid ini kekurangan perbendaharaan kata kerana kurang membuat rujukan
dan bahan bacaan serta tidak menguasai kemahiran membina ayat majmuk. Kedua,
kaedah pengajaran yang kami gunakan selama ini kurang memberi kesan terhadap
pemahaman mereka.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian
tindakan ini adalah untuk:
i) Meningkatkan kemahiran murid membina ayat
yang gramatis berdasarkan bahan grafik yang diberikan dengan menggunakan pelan
maklumat.
ii)
Menggalakkan murid agar berkeyakinan dengan potensi diri dan kebolehan
mereka.
iii) Memperbaiki
amalan pengajaran kami sebagai guru Penulisan Bahasa agar
memberi kesan yang positif terhadap pemahaman murid
melalui penggunaan
Kaedah Kata Tanya.
PERSOALAN KAJIAN
Kami telah
memikirkan beberapa persoalan sebelum memulakan kajian ini. Antara
persoalan-persoalan tersebut ialah:
a) Mengapakah sebilangan besar murid kelas ini
masih kurang mahir membina ayat yang gramatis menggunakan bahan grafik?
b) Adakah kaedah yang digunakan sebelum ini kurang memberi kesan
terhadap pemahaman murid-murid berkenaan?
c) Apakah kaedah lain yang patut digunakan untuk membantu mereka
mengatasi masalah ini?
KAEDAH PENGUMPULAN
DATA
Dalam kajian ini ,kami telah menggunakan dua
kaedah pengumpulan data iaitu melalui soalan ujian dan pemerhatian.Soalan Pra Ujian,ujian
bulanan dan Pasca Ujian telah disediakan bagi mengukur kelemahan murid-murid
ini. Selain itu, pemerhatian juga dilakukan oleh kami melalui latihan yang
diberi di dalam kelas,aktiviti perbincangan yang diadakan serta tindakbalas
mereka terhadap soaljawab semasa pengajaran dilaksanakan. Maklumat ini telah
dianalisis dan hasilnya telah memberi gambaran yang jelas terhadap bilangan murid yang terlibat serta tahap
pencapaian mereka. Berpandukan maklumat daripada tinjauan awal ini, kami telah meneliti buku latihan harian murid. Hasil
daripada penelitian ini, kami telah memperolehi maklumat tentang kelemahan
murid-murid ini. Seterusnya kami pun memulakan langkah untuk melaksanakan
kajian ini pada 11.07.2011 (Isnin). Dalam pelaksanaan kajian ini, kami telah
mengumpul data melalui 3 siri Ujian
Penulisan Bahasa Melayu. Maklumat dalam bentuk markah telah dicatat dalam
Borang Analisis Markah Latihan. Maklumat ini telah dianalisis dan keputusannya
menunjukkan keberkesanan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.
REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini telah
kami rancang bermula awal Julai 2011 sehingga penghujung bulan Oktober 2011.
Kami telah mengenal pasti 20 orang murid untuk dijadikan kumpulan sasaran dalam kajian ini. Kami
melaksanakan pengajaran menggunakan Kaedah bina pelan maklumat dan kata tanya.
Kami memperuntukkan 2 waktu (60minit) pada setiap hari Ahad untuk melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran menggunakan
kaedah ini. Kami menggunakan 1 waktu untuk perbincangan dan aktiviti
pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini manakala 1 waktu lagi untuk
murid-murid membuat latihan membina ayat. Kami akan membuat penilaian terhadap
keberkesanan kaedah ini dengan mengadakan ujian pada hujung setiap bulan dalam
tempoh kajian ini.
Kami telah
melaksanakan beberapa langkah pengajaran&pembelajaran menggunakan kaedah
ini. Berikut adalah Rancangan Pelajaran yang kami sediakan untuk sesi
pengajaran tersebut.
Set Induksi : Baca arahan soalan dengan teliti sambil
menggarisi klu soalan.Fahami kehendak sebenar soalan.
Langkah
1 : Teliti bahan grafik dan catat
sekurang-kurangnya lima maklumat
yang tepat.Sekiranya grafik gambar,utamakan
aktiviti yang dipaparkan.
Langkah 2 : Bina pelan maklumat. Guru membimbing murid
menggunakan teknik
tarik dan tulis maklumat pada bahan grafik.
Langkah 3 : Menggunakan
kata tanya( siapa,bagaimana dan di mana)
pada
setiap maklumat yang diperolehi.
Langkah 4 : Latihan membina dan menulis ayat yang gramatis
berpandukan
pelan maklumat.
Penutup :
Semak ejaan,tanda baca,imbuhan dan ayat supaya tiada kesalahan.
Kami memulakan
langkah pengajaran&pembelajaran dengan menyuruh murid membaca arahan dengan
teliti sambil menggarisi klu soalan agar
mereka memahami kehendak soalan samada menulis ayat berdasarkan
aktiviti/situasi berdasarkan bahan grafik. Ini untuk menarik minat dan
perhatian mereka.
Seterusnya di dalam
langkah pertama, murid hendaklah meneliti bahan grafik untuk memahami
aktiviti/situasinya. Selepas itu, murid hendaklah menyenaraikan
sekurang-kurannya lima maklumat yang tepat yang terdapat dalam gambar.
Sekiranya grafik berkaitan gambar, murid-murid hendaklah mencatatkan lima kata
kerja yang sesuai berdasarkan gambar. Sekiranya berkaitan data/jadual ,
murid-murid hendakah mencatatkan isi penting tentang grafik tersebut.
Di dalam
langkah kedua, kami menunjukkan cara
untuk membina pelan maklumat dengan menggunakan teknik tarik dan
tulis.Berdasarkan bahan grafik, murid-murid hendaklah membuat garisan pada
gambar dan mencatatkan aktiviti yang dilakukan.Contoh penggunaan teknik tarik
dan tulis seperti dalam Rajah 2
RAJAH 2- TEKNIK TARIK DAN TULIS
Seterusnya di dalam
langkah ketiga, kami membimbing murid menggunakan
kata tanya bagi setiap aktiviti yang ditulis.
Contoh soalan :
Siapakah yang membina istana pasir?
Contoh jawapan murid
: Dua orang budak lelaki dan seorang budak perempuan.
Contoh soalan: Di
manakah mereka membina istana pasir?
Contoh jawapan murid
: Mereka membina istana pasir di tepi pantai.
Contoh soalan :
Bagaimanakah mereka membina istana pasir?
Contoh jawapan
murid: Mereka membina istana pasir menggunakan pasir pantai.
Untuk langkah yang terakhir, kami telah
memberi latihan membina ayat kepada murid-murid. Semasa membuat latihan, kami
memberi bimbingan secara individu. Kami membimbing dan melatih mereka membina ayat supaya gramatis dengan
menggunakan kosa kata yang tepat. Setelah murid-murid selesai menulis
ayat,mereka diarahkan supaya menyemak ayat masing-masing supaya tiada kesalahan
ejaan,tanda baca sebagainya.
Contoh ayat yang
gramatis : Dua orang budak lelaki dan seorang budak perempuan sedang membina
istana pasir di tepi pantai dengan menggunakan pasir pantai.
Setelah melaksanakan
beberapa siri pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini dari awal bulan
Julai 2011 hingga penghujung bulan Oktober 2011, kami telah mengadakan 3 siri
ujian. Ujian ini diadakan pada hujung
setiap bulan dalam tempoh pelaksanaan kajian ini. Tujuan ujian ini diadakan
adalah untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan terhadap pencapaian
subjek kajian dalam Penulisan Bahasa Melayu.
DAPATAN KAJIAN
Kami telah mengumpul
pengskoran daripada 3 siri ujian yang telah diadakan. Markah-markah tersebut
telah dicatat dalam Borang Analisis pengskoran seperti Jadual 2.
BIL
|
NAMA MURID
|
JENIS
UJIAN
|
||
PRA
UJIAN
|
UJIAN
BULAN
SEPTEMBER
|
PASCA
UJIAN
|
||
1
|
AHMAD
IMRAN B. AB.RAHMAN
|
4
|
6
|
9
|
2
|
AHMAD SYAKIR AIMAN B. SUDIN
|
6
|
7
|
10
|
3
|
ALKAF
AMIRULLAH B. ROZAIMIE
|
5
|
6
|
8
|
4
|
IZZ
AZRI B. ZAKI
|
4
|
6
|
8
|
5
|
MUHAMAD
FAHMI B. RUSLAN
|
6
|
7
|
9
|
6
|
MUHAMAD
IRFAN AIMAN B. AZMI
|
5
|
7
|
9
|
7
|
MUHAMAD
ZHAFAN B. MOHD ZAKI
|
7
|
8
|
10
|
8
|
MUHAMMAD
FAIZI B. MOHD ZIN
|
6
|
8
|
9
|
9
|
MUHAMMAD
FIKRI AIMAN B. NAZRI
|
5
|
7
|
9
|
10
|
MUHAMMAD
KAMIL B. MAZLAN
|
4
|
7
|
8
|
11
|
MUHAMMAD
MU'AZ B. RUSMAN
|
6
|
8
|
10
|
12
|
MUHAMMAD
MUSTAQIM B. RUSLAN
|
5
|
6
|
7
|
13
|
MUHAMMAD
SYAFIQ B. ABD GHANI
|
6
|
8
|
9
|
14
|
MUHAMMAD
ZUNNUR HAKIM
|
4
|
6
|
7
|
15
|
TENGKU
MUHAMMAD AIMAN
|
5
|
8
|
10
|
16
|
TUAN
MUHAMAD FAISAL B. ROSLI
|
6
|
8
|
9
|
17
|
AISYAH
AMANI BT. MOHAMMED
|
6
|
8
|
10
|
18
|
HUSNA
AHDA BT. RUSTAM
|
5
|
7
|
9
|
19
|
MUKHLISAH
BT. MUSTAFA
|
6
|
8
|
10
|
20
|
NOR
AINAA ALYA BT. MOHD NAWI
|
5
|
7
|
8
|
JADUAL 2- ANALISIS PENGSKORAN BAHAGIAN A
Berdasarkan analisis
pengskoran dalam Jadual 2, didapati berlaku peningkatan markah bagi murid-murid
kelas ini. Seramai 18 orang murid iaitu 90% murid telah mendapat pengskoran
tahap cemerlang. Hanya 2 orang sahaja lagi berada pada tahap baik iaitu
sebanyak 10%. Secara keseluruhannya penggunaan kaedah ini amat brkesan kerana
telah berlaku peningkatan yang positif dalam kalangan pengskoran murid-murid.
Kami juga telah
menemubual beberapa orang murid berhubung dengan kaedah yang digunakan dalam
kajian ini dan keputusan ujian mereka. Berikut merupakan transkrip temubual
tersebut.
Cikgu
: Husna, cikgu nampak keputusan pengskoran kamu
bertambah baik setelah menggunakan
kaedah ini.
Husna : Ya,
cikgu. Setelah belajar menggunakan kaedah bina pelan maklumat dan penggunaan
kata tanya saya lebih mahir membina ayat dalam bahagian ini.
Cikgu : Bagaimana pula pendapat kamu, Ainaa?
Aina : Saya telah memahami cara untuk membina ayat
supaya lebih gramatis, cikgu.
Cikgu : Hakim, cikgu perhatikan pengskoran kamu masih pada tahap baik berbanding rakan-rakan kamu yang telah mencapai tahap
cemerlang. Adakah kamu faham kaedah yang cikgu gunakan ?
Hakim : Faham ,cikgu. Tetapi saya tidak berminat
untuk menulis ayat yang panjang- panjang.
Cikgu : Kamu
mesti berusaha bersungguh-sungguh Hakim. Pada tahun hadapan kamu akan menduduki UPSR dan bahagian ini wajib
dijawab. Mu’az, kamu minat kaedah yang cikgu gunakan?
Mu’az : Ya, cikgu. Saya ada idea untuk kembangkan
ayat menggunakan kaedah ini.
Temubual dengan empat orang murid ini mendedahkan sikap
mereka terhadap penggunaan kaedah ini. Kami dapati penggunaan pelan maklumat dan kata tanya memudahkan mereka untuk mengembangkan idea
supaya ayat yang ditulis menjadi gramatis. Tiga orang daripada murid yang
ditemubual ini bersetuju bahawa penggunaan bina pelan maklumat dan kata tanya
telah membantu mereka menulis ayat yang gramatis. Salah seorang daripada mereka
yang ditemubual menunjukkan sikap malas yang menjadi punca kelemahannya
menguasai kemahiran dalam mata pelajaran ini.
REFLEKSI
Pada awal kajian ini, kami dapati
subjek kajian kurang memberi kerjasama dan perhatian semasa perbincangan. Apabila disoal, mereka hanya memberi jawapan tidak
tahu sahaja. Mereka kurang memberi tumpuan semasa
kami memberi penerangan. Kami telah membuat teguran terhadap sikap mereka
ini. Selepas beberapa siri pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini,
mereka telah menunjukkan respon yang positif. Mereka telah berminat dalam
aktiviti perbincangan. Kami sangat berpuas hati dengan sikap yang mereka
tunjukkan itu serta peningkatan pencapaian mereka.
Didapati penggunaan kaedah bina
pelan maklumat dan kata tanya dalam kajian ini ada memberi kesan yang positif
terhahap pemahaman murid-murid . Kaedah ini dapat mempertingkatkan pengskoran
mereka ke tahap yang lebih cemerlang lagi. Kami juga berpuas hati dengan hasil
kajian ini kerana kaedah yang digunakan dalam amalan pengajaran kami telah
menampakkan hasil yang memberansangkan berbanding dengan kaedah yang digunakan sebelum ini.
Kami bercadang untuk menggunakan kaedah ini
untuk menghuraikan isi-isi penting dalam Bahagian B. Pada persepsi kami, kaedah
ini juga sesuai digunakan untuk menulis
karangan. Kami juga akan terus
menggunakan kaedah ini dalam Penulisan Bahasa Melayu kerana kaedah ini dapat
memudahkan murid menguasai kemahiran untuk menghasilkan ayat yang baik.
Sebagai kesimpulannya, daripada
kajian ini didapati sebagai seorang guru, kita perlu mempelbagaikan kaedah
pengajaran-pembelajaran. Setiap kaedah yang kita gunakan ada kelebihan dan
kelemahannya untuk digunakan kerana setiap orang murid kita berbeza dari
berbagai segi. Kami berpuas hati dengan kajian ini kerana hasilnya telah
memberi petanda yang baik untuk meneruskan lagi penyelidikan kami.
KESIGNIFIKANAN KAJIAN
Dapatan kajian ini telah
meningkatkan lagi pencapaian murid-murid Tahun Lima dalam pengskoran bahagian A dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu .Kajian ini juga diharap dapat
dikongsi bersama dengan ahli jawatankuasa Kajian Tindakan SK.Jelawat ,
guru-guru sekolah ini melalui aktiviti perkembangan staf serta guru-guru bahasa
Melayu SK.Jelawat.
ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA
|
JUMLAH
|
Bahan dan alat bantuan mengajar
|
RM 200.00
|
Percetakan 3 siri soalan ujian
|
RM 150.00
|
Percetakan modul pengajaran
|
RM 100.00
|
Jumlah Keseluruhan
|
RM450.00
|
JADUAL KERJA
AKTIVITI
|
TARIKH
|
Penulisan Kertas Cadangan
|
30.6.2011
|
Mesyuarat Perancangan Kajian Tindakan
|
3.7.2011
|
Mesyuarat
pembinaan soalan ujian
|
7.7.2011
|
Pelaksanaan Pra Ujian
|
11.7.2011
|
Analisis data Pra Ujian dan pemerhatian
|
26.7.2011
|
Pelaksanaan ujian bulan September
|
28.9.2011
|
Analisis data ujian bulan September dan
pemerhatian
|
5.10.2011
|
Pelaksanaan Pasca Ujian
|
31.10.2011
|
Analisis Data Pasca Ujian
|
9.11.2011
|
Refleksi dan penilaian
|
16.11.2011
|
Penulisan Laporan Kajian
|
28.11.2011
|
BIBLIOGRAFI
Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan
pelaksanaan kursus penyelidikan tindakan maktab perguruan. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Gan Teck Hock. (1999). Mencari titik perseimbangan di
antara keunggulan teori dan kenyataan praktis: satu kes pelaksanaan
pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik sekolah rendah. Jurnal
Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Sarawak, Jilid 2, No 1, 68-85.
Jeffery anak Menggu. (2003). “Aya Du.” Dalam Prosiding
Seminar Kajian Tindakan 2003, 8-9 Oktober 2003. Terbitan bersama Maktab
Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan dan Jabatan Pendidikan Bahagian Sri Aman,
133-147.
Haji Razali Yahya. (2010). Karangan
Imperatif Tahun 4,5 dan 6. Serdang: Cemerlang Sdn. Bhd.
Kementerian
Pendidikan Malaysia. (1999). Buku Panduan Guru, Bahasa Malaysia Tahun 5.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Aslina Mamat. (2007). Contoh
Karangan Memindahkan Maklumat/Ulasan: PNI Neorun. Sdn. Bhd.
SALAM
BalasPadamMINTA IZIN GUNA BAHAN SEBAGAI RUJUKAN
TERIMA KASIH
Assalamualaikum... terima kasih, bahan ini sangat membantu
BalasPadamAssalam...Mohon izin kongsi bahan ini. Terima kasih.
BalasPadam👍
BalasPadamBoleh cuba click assignment helper malaysia yang akan membantu para pelajar memberi idea untuk menyiapkan tugasan/assignment yang diberikan
BalasPadamSalam sejahtera. Bolehkah saya tahu adakah kajian ini diterbitkan dalam mana-mana buku? Kerana saya perlu tulis di bahagian rujukan proposal. Tq!
BalasPadam