Jumaat, 27 April 2012

KESAN MASYARAKAT MAJMUK


   KESAN DAN PENGARUH MASYARAKAT MAJMUK KEPADA      HUBUNGAN KAUM
      Dasar penjajahan British iaitu pecah dan perintah meninggalkan kesan yang ketara dalam mewujudkan polarisasi pekerjaan dalam struktur perkembangan tenaga buruh di Malaysia. Semasa penjajahan, orang Melayu banyak menumpukan perhatian dalam bidang pertanian dan mereka tidak digalakkan dan diberi kemudahan untuk menyertai sektor ekonomi yang baru. Kegiatan-kegiatan pertanian masih jelas jelas kelihatan dikalangan orang Melayu selepas merdeka, misalnya pada tahun 1957 dari 1,023,000 orang Melayu yang bekerja seramai 749,000 ( 73.3%) mennceburi bidang pertanian. Hanya 58,000 ( 5.7%) dalam perkilangan dan perdagangan berbanding dengan peratus Cina sebanyak 40.2% dan 29% dalam bidang yang sama.
     British tidak banyak menggunakan orang Melayu sebagai tenaga buruh. Keadaan ini kerana mereka telah menetapkan dasar supaya orang-orang Melayu terus hidup di kampung dan menjalankan ekonomi tradisi dan mereka juga berpendapat bahawa mengambil buruh orang Melayu tidak begitu stabil kerana mereka terikat terhadap keluarga dan kampung amat kuat. Pernyertaan Orang-orang Melayu dalam sektor perladangan dan perniagaan sama ada secara keci-kecilan atau sederhana hampir tiada kerana ketiadaan modal. Sebaliknya Inggeris lebih mengalakkan orang-orang Cina untuk bekerja di lombong dan orang India menjadi buruh di ladang-ladang mereka. Perkembangan sektor perladangan dan perlombongan telah mendatangkan keuntungan besar, lebih-lebih lagi getah dan bijih timah amt diperlukan di pasaran dunia.
      Apabila berlakunya darurat, kebanyakkan orang-orang Cina yang tinggal di kawasan luar bandar telah ditempatkan semula di kampung-kampung baru di bandar oleh pihak Inggeris. Mereka telah diberikan modal oleh Inggeris untuk memulakan penghidupan baru terutamanya menjalankan kegiatan perniagaan di bandar. Keadaan tersebut dapat dilihat pada hari ini dimana terdapatnya bangunan-bangunan rumah kedai yang diusahakan dan didiami oleh orang-orang Cina. Dalam keadaan masyarakat yang terpisah ini, telah memberikan impak yang besar kepada hubungan kaum terutamanya dalam aspek lompang ekonomi antara etnik yang besar dan aktiviti yang berlainan. Polarisasi kaum cukup jelas dalam aspek tempat tinggal dan pekerjaan. Sementara aktiviti persatuan dan akhbar masing-masing berlandaskan etnik. Senario ini menjadi duri dalam daging yang perlu diberikan penekanan oleh kerajaan dalam memacu pembangunan negara ini supaya tidak berlaku keciciran etnik-etnik tertentu dalam mengejar pembangunan tersebut.
         Selepas berlaku rusuhan kaum 13 Mei 1969 timbul kesedaran kepada pemerintah tentang masalah polarisasi pekerjaan ini. Untuk memulihkan keadaan, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang mempunyai matlamat serampang dua mata membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Apa yang jelas di sini ialah dimana ketidakseimbangan antara kaum dalam pelbagai peringkat pekerjaan dan sektor ekonomi akan dapat diatasi sebanyak mungkin[1].



[1] Azman Abdul Manaf.(2001) Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Utusan Publications & distributors Sdn.Bhd.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan