Rabu, 7 Disember 2011

MEMAHAMI PUISI


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.





Matahari terlindung cuaca redup,
Budak bermain senangnya hati;
Ilmu itu pelita hidup,
Harus dicari hingga ke mati.

Gembira sungguh di hari raya,
Tetamu datang tiada henti;
Kaya ada bermacam kaya,
Ilmu di dada paling bererti.

Pak Lebai memakai kopiah, 
Sambil tersenyum melayan tetamu,
Mencari ilmu bukannya payah,
Asalkan rajin tak kenal jemu.

Hati gembira apabila bertemu,
Setelah lama asyik berjauhan;
Membaca itu jambatan ilmu,
Rajin bertanya luas pengetahuan.





1. Apakah maksud baris 'Ilmu itu pelita hidup'?
a)  Ilmu dapat mencerahkan kehidupan manusia.
b) Pelita diperlukan semasa mencari ilmu.   
c)Ilmu akan dibawa hingga ke mati.
d) Ilmu itu dapat menghidupkan pelita

2. Perkataan 'payah' dalam rangkap ketiga sama ertinya dengan..
a) Rahsia.
b) Sukar.
c) Seksa
d) Mudah

3. Menurut puisi di atas, sikap suka bertanya boleh..
 a) Menjadikan seseorang itu kaya dengan ilmu. 
 b) Membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu.   
 c) Menambah pengetahuan orang yang bertanya itu.   
 d) Menjadi jambatan ilmu kepada orang yang rajin membaca. 


4. Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali..
 a) Kita jangan berasa bosan dalam mencari ilmu.  
 b) Kekayaan yang paling bermakna ialah kaya ilmu'.
 c) Membaca merupakan salah satu cara mendapatkan ilmu. 
 d) Ilmu baik dan ilmu jahat boleh diamalkan dan dijauhi. 


5. Tajuk yang paling sesuai bagi puisi di atas ialah..
a) Mari Berpuisi
b) Faedah Ilmu
c) Pantun Ilmu

d) Ilmu Dalam Pantun

ANALISIS KESALAHAN TATABAHASA

Kata Ganti Diri

Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.

Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:

   Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
   Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)

Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak. Misalnya:

Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)

 Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamu-kamu, *anda-anda, *mereka-mereka, dan sebagainya. 

Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)

Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi "ianya. Misalnya:


Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
Jika tidak dirawat, mungkin is akan lumpuh. (betul)


Kata Sendi

 Kata sendi ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan kata-kata lain dalam ayat.

Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:

Ravi suka durian. (salah)  
Ravi suka akan durian. (betul)
Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)
Abang sudah pergi pejabat.(salah)
Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)

Kata Tanya

Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.Beberapa contoh kata tanya yang biasa digunakan ialah apa, bagaimana, berapa, mana, mengapa, dan siapa. Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya sering berlaku pada kata apa dan siapa.

 Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau binatang saja.
 Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama manusia.
 Contoh kesalahan dan pembetulan seperti berikut:

Nama kucing ini siapa? (salah)
 Nama kucing ini apa? (betul)
Apa nama anak saudara ini? (salah)
Siapa nama anak saudara ini? (betul) 

Jumaat, 2 Disember 2011

JENIS AYAT DALAM BAHASA MELAYU






PENGENALAN 

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.Ayat di gunakan bagi menyatakan maklumat, membuat pertanyaan , memberi arahan , dan menunjukkkan perasaan.Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu iaitu
(1) Ayat Penyata
(2) Ayat Tanya
(3) Ayat Perintah
(4) Ayat Seru



AYAT PERINTAH

Ayat yang digunakan untuk menyatakan maklumat dan dalam ayat penyata ada maklumat ditekankan. Ayat ini diucapkan tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas sama ada yang bersifat kebahasaan atau yang bersifat perbuatan. Ayat ini boleh terdiri daripada daripada sebuah klausa atau lebih. Jenis ayat ini dihuraikan berdasarkan intonasi dan tujuan. Intonasi dapat menentukan jenis ayat dan dapat membezakan bahagian subjek dan predikat dalam ayat. Dalam ayat lisan, ayat penyata diakhiri dengan nada turun sebelum kesenyapan. Asmah Haji Omar pula membahagikan bentuk ayat penyata
i-ayat penyata perbuatan
ii-ayat penyata keadaan/statif


AYAT TANYA

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu dengan tujuan mendapatkan jawapan. Jawapan boleh berupa penjelasan atau ya/tidak.

Jenis-jenis Ayat tanya

(1)Ayat Tanya Tertutup

- iaitu ayat tanya yang meminta jawapan yang tegas iaitu ya atau tidak/bukan.
Contoh :Kaumahu ikut atau tidak?
Adakah kamu sakit?
- Ayat penyata dapat dijadikan ayat tanya tertutup dengan menambahkan kata tanya pada ayat penyata dengan intonasi naik pada akhir ayat.
Contoh : Badan budak itu panas. (ayat penyata)
Adakah badan budak itu panas? (ayat tanya)

Ayat Tanya Terbuka

- Ayat tanya terbuka mengkehendaki jawapan yang berupa penerangan
-Ayat tanya ini ditandai dengan adanya kata tanya seperti apa, siapa, bagaimana, mengapa, dan lain-lain lagi. Letak kata tanya boleh berpindah sama ada di awal atau akhir ayat. Contoh :
Apakah yang dibeli oleh emak?
Kamu ini siapa?
Siapakah gadis yang berbaju biru itu?

Ayat Tanya Retorik/Tempelen

-Ayat tanya ini tidak memerlukan jawapan dan hanya digunakan apabila penanya ingin memastikan jawapan yang sebenar telah diketahui. Ayat tanya ini terbentuk melalui proses campuran antara ayat dasar dengan kata nafi.
Contoh: Dia sepupu kamu, bukan?
Kamal, datang tidak?


AYAT PERINTAH

(1) Ayat Perintah Biasa

Abdullah Hassan ( 2005:190) meyatakan ayat perintah biasa, walaupun tidak mempunyai subjek, tetapi pada struktur dalamnya memang ada. Dalam penggunaan ayat perintah biasa bagi orang kedua, subjek pelakunya lazimnyaa tidak timbul pada struktur permukaannya. Sekiranya seorang pengawal yang berkawal pada waktu malam melihat orang berjalan-jalan, mungkin memberi perintah ”berhenti ”. Ayat asalnya ” kamu berhenti”

(2)Ayat Sila

Berlainan daripada perintah biasa kerana golongan ini lebih halus cakupannya. Ayat ini menggunakan kata seperti sila, tolong, minta, bolehkah, dan lain-lain lagi. Contoh:sila duduk

(3) Ayat Ajakan

Ayat ini juga mempunyai subjek yang terdiri dari orang pertama, jamak tetapi di gugurkan Contoh:
a) Mari (kita) bermain
b) Mari bermain

(4) Ayat Larangan

Larangan adalah ayat perintah negatif dengan menggunakan kata larangan seperti jangan, dilarang,usah, tak usah dan ditegah, Contoh:
1. Jangan membuang sampah.
2.Usah pergi.

AYAT SERUAN
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit, dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dengan tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Contohnya:
Cantiknya!
Wah, lawanya!Cis, jahat betul dia itu!

EDISI REHAT MINDA

KATA HUBUNG





Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.


(a) KATA HUBUNG GABUNGAN/PANCANGAN

1. Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
2. Mukanya pucat apabila disoal.
3. Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
4. Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
5. Leela dan Siu Lan berjiran.
(b) KATA HUBUNG BERPASANGAN.

1.  Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
2.  Baik Daud baik adiknya sama-sama pintar.

3.  Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
4. Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
5. Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.



(c)  Contoh kata hubung dalam bentuk Akar.

Dan, hingga, lalu, ketika, dengan, yang, tetapi, jika,kerana, serta, kalau, kemudian,demikian, walhal, walau, agar,atau, demi, supaya.
 
(d)  Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.

semasa, sementara, seharusnya, andaikata,semoga, seketika, sebaliknya, sedangkan,setelah, sesungguhnya, walaupun, itupun,sewaktu, seandainya, meskipun, sekali,mudah-mudahan, moga-moga, jikalau,bagaimanapun,padahal. 

Jawab soalan latihan di bawah.

1.Siti suka membaca buku cerita ___________ menunggu bas sekolah tiba.

A.supaya
B.selepas
C.semenjak
D.sementara

2.Perlawanan bola sepak itu akan tetap diteruskan __________ hujan turun tidak berhenti-henti.

A.seraya
B.kecuali
C.tetapi
D.serta

3.Susan makan ___________ membaca buku cerita.

A.sambil
B.serta
C.dan
D.lalu

4."Kunci semua pintu dan tingkap ___________ kamu keluar rumah," pesan ibu.

A.supaya
B.selepas
C.sebelum
D.sehingga

5.Kita harus berlatih pada setiap petang ___________ pada hari cuti.

A.lalu
B.ketika
C.kecuali
D.semenjak













KATA ADJEKTIF







1. Kata adjektif sifat / keadaan


Perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama


Contoh perkataan: kuat, pintar, nakal, keras, lemah, sihat, bijak, cergas, dan jahat.
Contoh ayat: Budak nakal selalu kena marah.




2. Kata adjektif warna


Sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian warna.


Contoh perkataan: jingga, perang, hitam, putih, biru, dan kelabu.
Contoh ayat: Adik suka pakai baju hijau.




3. Kata adjektif ukuran


Sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran.


Contoh perkataan: tebal, gemuk, panjang, nipis, pendek, kurus, tinggi, rendah, dan kecil.
Contoh ayat: Buku tebal itu sudah saya baca.




4. Kata adjektif bentuk


sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk.


Contoh perkataan: lurus, bulat, bujur, bengkok, leper, bundar, lonjong, buncit, dan tajam.
Contoh ayat: Jalan lurus mudah dilalui.




5. Kata adjektif waktu


Sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian konsep masa.


Contoh perkataan: kerap, awal, sering, jarang, lewat, silam, baharu, dahulu, dan
lampau.
Contoh ayat: Kedatangannya lewat hari ini.






Garisi kata adjektif yang sesuai.




1.Daging itu dihiris (tebal, nipis) agar cepat empuk.


2.Saya suka makan keropok ikan kerana rasanya (sedap, hebat).


3.Udara di pergunungan memang (enak, nyaman).


4.Dia datang (lanjut, lambat) kerana rumahnya jauh dari sekolah.


5.Riana berasa (segar, penat) setelah bermain agak lama.