Selasa, 17 April 2012

CONTOH REFLEKSI UNIT


UNIT
TAJUK
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) HURAIAN DAN PENGHAYATAN



Ringkasan Isi Kandungan Unit


Terdapat beberapa bahagian yang dibincangkan dalam unit ini iaitu tentang pandangan mazhab-mazhab falsafah Barat dan Islam, serta kandungan dalam FPK. Terdapat 4 cabang falsafah iaitu metafizik,epistemologi,aksiolagi dan logik. Dua aliran  falsafah barat dibincangkan iaitu aliran tradisional( perenialisme dan esensialisme) dan moden ( rekonstruksionisme dan progresivisme ). Dalam Islam pula pendidikan berteraskan kepada ketetapan Allah swt melibatkan akal,rohani,jasmani,tingkahlaku serta akhlak berasaskan al quran. Sejarah pembentukkan FPK bermula setelah negara mencapai kemerdekaan bertujuan untuk perpaduan kaum melalui sistem pendidikan.FPK menekankan kepada pembangunan individu secara menyeluruh berasaskan intelek,rohani, emosi dan jasmani untuk pembangunan keluarga, masyarakat dan negara yang aman,damai dan bersatu padu.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya


Konsep
Penjelasan
1.
Falsafah
Suatu usaha untuk mencari kebenaran dengan menggunakan kebijaksanaan seperti ketajaman akal, kemantapan ilmu dan keteguhan nilai.
2.
Metafizik
Satu cabang falsafah yang menjawab persoalan tentang hakikat realiti, kehidupan dan kewujudan tuhan

3.

Epistemologi
Membahaskan secara terperinci tentang proses bagaimana memperoleh pengetahuan serta kesahihannya.
4.

Etika
Berkaitan dengan nilai moral, peraturan, tingkah laku dan adat yang bertujuan ke arah kebaikan dan bertanggungjawab
5.

Estetika
Nilai yang berkaitan dengan keindahan dan kesenian

        Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.


Kandungan unit ini memberikan manfaat terhadap saya kerana saya dapat membezakan pandangan mazhab-mazhab falsafah Barat dan Islam. Unit ini juga memberikan maklumat terperinci tentang kandungan FPK dan sejarah pembentukkannya. Terdapat 10 huraian tentang kandungan FPK yang membantu saya memahaminya dengan lebih mendalam bagi mendidik warganegara agar menjadi insan yang seimbang untuk pembangunan dan kesejahteraan negara Malaysia. Oleh itu, saya berazam akan lebih bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan untuk kesejahteraan sejagat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan