Khamis, 23 Mei 2013

Kesalahan Umum Tatabahasa


Kata Ganti Diri

1.      Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.2.      Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh:
  • Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
  • Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
  • Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah )
  • Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )
  • Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
  • Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
  • Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
  • Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )
  • Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( salah )
  • Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul )
  • Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah )
  • Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )
  • Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
  • Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )
  • Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
  • Buku-buku  ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )
  • Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )
  • Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )
  • Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
  • Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
  • Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
  • Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )
Kata Bilangan
  • Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
  • Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan sebagainya.
  • Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.
  • Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.
  • Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya.
  • Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.
betul       a. setengah-setengah orang      b. tiap-tiap murid      c. berbagai-bagai warna      d. kedua-dua mempelai
  • Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah )
  • Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )
  • dua setengah meter ( salah )
  • dua suku jam ( salah )
  • tiga setengah ringgit ( salah )
  • dua meter setengah ( betul )
  • dua jam suku ( betul )
  • tiga ringgit setengah ( betul )
Penjodoh Bilangan


2.      Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.


SALAH
BETUL

setiap orang muridsemua orang pekerjaseluruh  buah kampungsegala ekor binatangsekalian orang pesertapara orang guru

setiap muridsemua pekerjaseluruh kampungsegala binatangsekalian pesertapara guru

SALAH
BETUL

beberapa buah usulkedua-dua bentuk sifatsetiap buah sumbangansemua buah pendapatsegala butir cadangantiap-tiap bentuk kenanganpelbagai bentuk teguran

beberapa usulkedua-dua sifatsetiap sumbangansemua pendapatsegala cadangantiap-tiap kenanganpelbagai teguran


Kata Sendi


SALAH
BETUL

Devi datang daripada Batu Kurau.Saya menunggu Yatie daripada pukul dua.Ely terima surat dari ElyasSaya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera.

Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup

Devi datang  dari Batu KurauSaya menunggu Yatie dari pukul dua.Ely menerima surat daripada Elyas.Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera.

Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.


Kata Kerja   
  • kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. )
  • kata kerja yang berapitan men…..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.)
  • kata kerja yang berawalan meng…i ( membanjiri, menghadiahi dsb.)
  • kata kerja yang berawalan rangkap memper …. ( memperdaya, memperoleh)
  • kata kerja yang berapitan memper….kan ( memperhatikan, mempergunakan).
  • Kata kerja yang berapitan memper….i ( mempelajari, mempersentai dsb.)
SALAH
BETUL
Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga.
Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak.
Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran.
Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara.
Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping.
Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar.
Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga.
Hanim mengambilkan Ishak segelas air.

Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran.
Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara.
Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping.

Yatie menasihati saya agar rajin belajar.
  • Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.
  • Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.)
  • Kata kerja yang berapitan ber…an ( berdekatan, berguguran )
  • Kata kerja yang berapitan ber…kan ( berpandukan, berlandaskan dsb.)
  • Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.)
  • Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)
Kata Hubung
  • Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dan tetapi.
  • Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb.
  • Kata hubung berpasangan seperti baik…ataupun, baik…mahupun. Bukan saja….tetapi juga dan sebaginya.
3.      Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.4.      Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.5.      Kata mereka  tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.6.      Kata mereka tidak boleh diulang.7.      Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.1.      Terdapat 6 jenis kata bilangan:2.      Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.

salah a. setengah orang    b. tiap murid    c. berbagai warna   d. kedua mempelai

3.      Kata para tidak boleh diulang.4.      Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.