Jumaat, 27 April 2012

KESAN MASYARAKAT MAJMUK


   KESAN DAN PENGARUH MASYARAKAT MAJMUK KEPADA      HUBUNGAN KAUM
      Dasar penjajahan British iaitu pecah dan perintah meninggalkan kesan yang ketara dalam mewujudkan polarisasi pekerjaan dalam struktur perkembangan tenaga buruh di Malaysia. Semasa penjajahan, orang Melayu banyak menumpukan perhatian dalam bidang pertanian dan mereka tidak digalakkan dan diberi kemudahan untuk menyertai sektor ekonomi yang baru. Kegiatan-kegiatan pertanian masih jelas jelas kelihatan dikalangan orang Melayu selepas merdeka, misalnya pada tahun 1957 dari 1,023,000 orang Melayu yang bekerja seramai 749,000 ( 73.3%) mennceburi bidang pertanian. Hanya 58,000 ( 5.7%) dalam perkilangan dan perdagangan berbanding dengan peratus Cina sebanyak 40.2% dan 29% dalam bidang yang sama.
     British tidak banyak menggunakan orang Melayu sebagai tenaga buruh. Keadaan ini kerana mereka telah menetapkan dasar supaya orang-orang Melayu terus hidup di kampung dan menjalankan ekonomi tradisi dan mereka juga berpendapat bahawa mengambil buruh orang Melayu tidak begitu stabil kerana mereka terikat terhadap keluarga dan kampung amat kuat. Pernyertaan Orang-orang Melayu dalam sektor perladangan dan perniagaan sama ada secara keci-kecilan atau sederhana hampir tiada kerana ketiadaan modal. Sebaliknya Inggeris lebih mengalakkan orang-orang Cina untuk bekerja di lombong dan orang India menjadi buruh di ladang-ladang mereka. Perkembangan sektor perladangan dan perlombongan telah mendatangkan keuntungan besar, lebih-lebih lagi getah dan bijih timah amt diperlukan di pasaran dunia.
      Apabila berlakunya darurat, kebanyakkan orang-orang Cina yang tinggal di kawasan luar bandar telah ditempatkan semula di kampung-kampung baru di bandar oleh pihak Inggeris. Mereka telah diberikan modal oleh Inggeris untuk memulakan penghidupan baru terutamanya menjalankan kegiatan perniagaan di bandar. Keadaan tersebut dapat dilihat pada hari ini dimana terdapatnya bangunan-bangunan rumah kedai yang diusahakan dan didiami oleh orang-orang Cina. Dalam keadaan masyarakat yang terpisah ini, telah memberikan impak yang besar kepada hubungan kaum terutamanya dalam aspek lompang ekonomi antara etnik yang besar dan aktiviti yang berlainan. Polarisasi kaum cukup jelas dalam aspek tempat tinggal dan pekerjaan. Sementara aktiviti persatuan dan akhbar masing-masing berlandaskan etnik. Senario ini menjadi duri dalam daging yang perlu diberikan penekanan oleh kerajaan dalam memacu pembangunan negara ini supaya tidak berlaku keciciran etnik-etnik tertentu dalam mengejar pembangunan tersebut.
         Selepas berlaku rusuhan kaum 13 Mei 1969 timbul kesedaran kepada pemerintah tentang masalah polarisasi pekerjaan ini. Untuk memulihkan keadaan, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang mempunyai matlamat serampang dua mata membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Apa yang jelas di sini ialah dimana ketidakseimbangan antara kaum dalam pelbagai peringkat pekerjaan dan sektor ekonomi akan dapat diatasi sebanyak mungkin[1].



[1] Azman Abdul Manaf.(2001) Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Utusan Publications & distributors Sdn.Bhd.

MASYARAKAT MAJMUK



1.1.  KONSEP MASYARAKAT MAJMUK
              Masyarakat merupakan satu kelompok manusia yang berbeza dari segi kepentingan bersama,pernyertaan dalam perhubungan yang mempunyai ciri khursus pernyertaan dalam institusi yang dikongsi bersama dan mengamalkan budaya yang sama[1]. Masyarakat majmuk adalah masyarakat yang terdiri daripada beberapa kelompok ras atau etnik yang berbeza tetapi berada di bawah satu tampuk pemerintahan.  J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.

1.2.KONSEP RAS,ETNIK DAN BUDAYA.

     Istilah ras membezakan satu penduduk manusia (atau bukan manusia) dengan yang lain. Kategori yang lazim digunakan bagi membezakan penduduk manusia adalah sifat-sifat visible , (terutamanya warna kulit dan bentuk muka, baka dan pengenalan diri. Istilah etnik pula bermaksud satu kelompok manusia yang mempunyai ciri-ciri distingtif tertentu misalnya agama, bahasa, keturunan,budaya atau asal usul kebangsaan[2]. Hubungan yang wujud antara manusia yang berbeza dari segi ras dan keturunan. Hubungan ini penting apabila mereka yang berhubungan itu sedar tentang peerbezaan tersebut. Dengan demikian menentukan konsep tentang diri mereka dan juga kedudukan masing-masing dalam masyarakat. Konsep budaya pula ialah keseluruhan yang kompleks yang terkandung di dalamnya pengetahuan,kepercayaan,kesenian,undang-undang, akhlak,adat resam dan lain-lain keupayaan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Sistem kepercayaan,nilai, adat resam,tingkah laku dan artifak yang dikongsi bersama oleh anggota masyarakat,dan digunakan untuk urusan sesama mereka dan juga untuk menghadapi hidup di dunia. Perkara-perkara tentang kehidupan diperturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain melalui pembelajaran[3]

1.3.  PROSES PEMBENTUKKAN MASYARAKAT MAJMUK

      Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
     Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).
     Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.
     Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.
     Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Cina ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
      Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.
     Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka[4].
     Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).
     Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.
     Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
     Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar




[1]Sejarah Kewujudan Masyarakat Majmuk Di Malaysia,www.scribd.com. diperoleh pada 29 Mei 2011.


[2]Kuliah 2 Konsep Asas Hubungan Etnik, www.UMS.edu.my/webv3/appl/kuliah. diperoleh pada 29 Mei 2011.


[3] (http://www.umanitoba.ca/faculties/arts/anthropology/courses/122/moduli1/culture.html)
[4] Muhammad zafran b. Abd. Ghaffor(2010), Masyarakat Majmuk, Demokrasi dan Pendidikan, UPSI, hlm 8.

Selasa, 17 April 2012

CONTOH REFLEKSI UNIT


UNIT
TAJUK
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) HURAIAN DAN PENGHAYATAN



Ringkasan Isi Kandungan Unit


Terdapat beberapa bahagian yang dibincangkan dalam unit ini iaitu tentang pandangan mazhab-mazhab falsafah Barat dan Islam, serta kandungan dalam FPK. Terdapat 4 cabang falsafah iaitu metafizik,epistemologi,aksiolagi dan logik. Dua aliran  falsafah barat dibincangkan iaitu aliran tradisional( perenialisme dan esensialisme) dan moden ( rekonstruksionisme dan progresivisme ). Dalam Islam pula pendidikan berteraskan kepada ketetapan Allah swt melibatkan akal,rohani,jasmani,tingkahlaku serta akhlak berasaskan al quran. Sejarah pembentukkan FPK bermula setelah negara mencapai kemerdekaan bertujuan untuk perpaduan kaum melalui sistem pendidikan.FPK menekankan kepada pembangunan individu secara menyeluruh berasaskan intelek,rohani, emosi dan jasmani untuk pembangunan keluarga, masyarakat dan negara yang aman,damai dan bersatu padu.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya


Konsep
Penjelasan
1.
Falsafah
Suatu usaha untuk mencari kebenaran dengan menggunakan kebijaksanaan seperti ketajaman akal, kemantapan ilmu dan keteguhan nilai.
2.
Metafizik
Satu cabang falsafah yang menjawab persoalan tentang hakikat realiti, kehidupan dan kewujudan tuhan

3.

Epistemologi
Membahaskan secara terperinci tentang proses bagaimana memperoleh pengetahuan serta kesahihannya.
4.

Etika
Berkaitan dengan nilai moral, peraturan, tingkah laku dan adat yang bertujuan ke arah kebaikan dan bertanggungjawab
5.

Estetika
Nilai yang berkaitan dengan keindahan dan kesenian

        Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.


Kandungan unit ini memberikan manfaat terhadap saya kerana saya dapat membezakan pandangan mazhab-mazhab falsafah Barat dan Islam. Unit ini juga memberikan maklumat terperinci tentang kandungan FPK dan sejarah pembentukkannya. Terdapat 10 huraian tentang kandungan FPK yang membantu saya memahaminya dengan lebih mendalam bagi mendidik warganegara agar menjadi insan yang seimbang untuk pembangunan dan kesejahteraan negara Malaysia. Oleh itu, saya berazam akan lebih bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan untuk kesejahteraan sejagat.


KAJIAN TINDAKAN BM SKJ


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT  GRAMATIS  MURID TAHUN 5 DALAM PENULISAN  BAHASA MELAYU (BAHAGIAN A) MENGGUNAKAN KAEDAH  PELAN MAKLUMAT DAN KATA TANYA

Oleh

PANITIA BAHASA MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN JELAWAT,16370 BACHOK KELANTAN

AHLI JAWATANKUASA:

FUZIAH BT ISMAIL
SABARIAH BT AWANG AHMAD
MAZNAH BT DERAHMAN
GHAZALI B. LATIFF

ABSTRAK

            Kajian tindakan ini adalah  disasarkan kepada 20 orang murid Tahun 5 , Sekolah Kebangsaan Jelawat, Bachok bagi meningkatkan lagi prestasi mereka dalam penulisan bahagian A menggunakan kaedah Pelan Maklumat Dan KataTanya. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk melatih murid-murid menulis ayat yang gramatis berdasarkan bahan grafik. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui markah 3 siri ujian dan latihan harian. Kajian ini mendapati bahawa ada peningkatan dalam pencapaian murid-murid dari segi pengskoran mereka. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa ada perubahan yang positif dalam amalan pengajaran kami sebagai guru yang mengajar mata pelajaran ini berbanding pengajaran  sebelum ini.


LATAR BELAKANG KAJIAN

            Bahasa Melayu penulisan mengandungi  3 bahagian wajib dijawab oleh calon iaitu bahagian A,bahagian B dan bahagian C.Bahagian A dikenali sebagai item memindahkan maklumat. Calon dikehendaki memindahkan  maklumat daripada bahan ransangan kepada maklumat berbentuk ayat.Ayat yang dibina haruslah gramatis iaitu betul struktur dan tatabahasanya. Sebarang bahan rangsangan berbentuk grafik seperti gambar tunggal,gambar bersiri,graf,carta,rajah,data dan  peta boleh digunakan..Jawapan calon perlulah mengandungi perkara-perkara tersurat daripada gambar berkenaan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini selama 15 minit. Markah yang cemerlang antara 8 hingga 10 markah dan calon perlulah menggunakan ayat yang gramatis iaitu mengikut prinsip-prinsip tatabahasa dan ayat pula haruslah menepati maklumat tersurat dalam bahan grafik .



PERNYATAAN MASALAH.

            Kami mengajar Bahasa Melayu untuk murid-murid Tahun 5 pada tahun 2011 iaitu sebanyak 4 kelas. Memandangkan pada tahun  hadapan  iaitu 2012, murid-murid ini akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, pencapaian bagi subjek ini haruslah ditingkatkan.Faktor yang dikenal pasti mempengaruhi keputusan subjek ini ialah penguasaan kemahiran menulis ayat yang gramatis . Sebuah kelas tahun lima telah dipilih dalam kajian ini  yang melibatkan seramai 25 orang murid. Berdasarkan keputusan peperiksaan  Penulisan Bahasa Melayu pertengahan tahun 2011 yang lalu, kami dapati masih ramai murid kelas ini mendapat pengskoran  pada tahap baik dan memuaskan  seperti yang digambarkan pada Jadual 1.

PENGSKORAN
BIL
PERATUS
CEMERLANG
(8 HINGGA 10 MARKAH)

5

20%
BAIK
(5 HINGGA 7 MARKAH)

18

72%
MEMUASKAN
(3 HINGGA 4 MARKAH)

2

8%
PENCAPAIAN TAHAP MINIMUN
( 0 HINGGA 2 MARKAH)

0

0%

Jadual 1: Analisis Pengskoran Bahagian A Penulisan Bahasa Melayu  pertengahan    tahun   2011.

 Berdasarkan Jadual 1, didapati 80% iaitu 20 daripada 25 orang murid kelas ini mendapat pengskoran pada tahap baik dan memuaskan. Analisis ini menunjukkan bahawa terdapat sebilangan besar murid kelas ini yang masih lagi sederhana pencapaian mereka dalam Penulisan bahagian A Bahasa Melayu. Kami telah memulakan tinjauan awal kajian ini pada awal  bulan Julai 2011 yang lalu. Melalui maklumat awal ini, kami telah meneliti dan mengenal pasti kelemahan murid-murid ini melalui latihan harian mereka. Rajah 1 merupakan salah satu latihan penulisan seorang daripada murid berkenaan.





RAJAH 1- CONTOH LATIHAN HARIAN MURID


Latihan tersebut menunjukkan murid berkenaan masih lemah yang mana perkataan  yang digunakan  amat terhad dan kurang sesuai dengan bahan grafik.Pemilihan kosa kata juga kurang sesuai disamping kelemahan dalam menguasai sistem tanda baca dan ejaan.Murid ini gagal untuk membuat ayat yang gramatis dan sesuai dengan tahap kematangan pelajar tahun Lima.

Terdapat dua sebab mengapa pencapaian murid-murid ini berada pada tahap yang sederhana. Pertama, murid-murid ini kekurangan perbendaharaan kata kerana kurang membuat rujukan dan bahan bacaan serta tidak menguasai kemahiran membina ayat majmuk. Kedua, kaedah pengajaran yang kami gunakan selama ini kurang memberi kesan terhadap pemahaman mereka.


OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian tindakan ini adalah untuk: 

i)  Meningkatkan kemahiran murid membina ayat yang gramatis berdasarkan bahan grafik yang diberikan dengan menggunakan pelan maklumat.
 ii)  Menggalakkan murid agar berkeyakinan dengan potensi diri dan kebolehan
     mereka.
iii)  Memperbaiki  amalan pengajaran kami sebagai guru Penulisan Bahasa agar
     memberi kesan yang positif terhadap pemahaman murid melalui penggunaan
     Kaedah Kata Tanya.

PERSOALAN KAJIAN

Kami telah memikirkan beberapa persoalan sebelum memulakan kajian ini. Antara persoalan-persoalan tersebut ialah:

a)   Mengapakah sebilangan besar murid kelas ini masih kurang mahir membina ayat yang gramatis menggunakan bahan grafik?
b)  Adakah kaedah yang  digunakan sebelum ini kurang memberi kesan terhadap pemahaman murid-murid berkenaan?
c)  Apakah kaedah lain yang patut  digunakan untuk membantu mereka   
     mengatasi  masalah ini?
      
KAEDAH PENGUMPULAN DATA

 Dalam kajian ini ,kami telah menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu melalui soalan ujian dan pemerhatian.Soalan Pra Ujian,ujian bulanan dan Pasca Ujian telah disediakan bagi mengukur kelemahan murid-murid ini. Selain itu, pemerhatian juga dilakukan oleh kami melalui latihan yang diberi di dalam kelas,aktiviti perbincangan yang diadakan serta tindakbalas mereka terhadap soaljawab semasa pengajaran dilaksanakan. Maklumat ini telah dianalisis dan hasilnya telah memberi gambaran yang jelas terhadap  bilangan murid yang terlibat serta tahap pencapaian mereka. Berpandukan maklumat daripada tinjauan awal ini, kami  telah meneliti buku latihan harian murid. Hasil daripada penelitian ini, kami telah memperolehi maklumat tentang kelemahan murid-murid ini. Seterusnya kami pun memulakan langkah untuk melaksanakan kajian ini pada 11.07.2011 (Isnin). Dalam pelaksanaan kajian ini, kami telah mengumpul data melalui 3  siri Ujian Penulisan Bahasa Melayu. Maklumat dalam bentuk markah telah dicatat dalam Borang Analisis Markah Latihan. Maklumat ini telah dianalisis dan keputusannya menunjukkan keberkesanan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.


REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini telah kami rancang bermula awal Julai 2011 sehingga penghujung bulan Oktober 2011. Kami telah mengenal pasti 20 orang murid untuk dijadikan  kumpulan sasaran dalam kajian ini. Kami melaksanakan pengajaran menggunakan Kaedah bina pelan maklumat dan kata tanya. Kami memperuntukkan 2 waktu (60minit) pada setiap hari Ahad untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran  menggunakan kaedah ini. Kami menggunakan 1 waktu  untuk perbincangan dan aktiviti pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini manakala 1 waktu lagi untuk murid-murid membuat latihan membina ayat. Kami akan membuat penilaian terhadap keberkesanan kaedah ini dengan mengadakan ujian pada hujung setiap bulan dalam tempoh kajian ini.

Kami telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran&pembelajaran menggunakan kaedah ini. Berikut adalah Rancangan Pelajaran yang kami sediakan untuk sesi pengajaran tersebut.
Set Induksi      :     Baca arahan soalan dengan teliti sambil menggarisi klu                                                    soalan.Fahami kehendak sebenar soalan.  

Langkah 1       :    Teliti bahan grafik dan catat sekurang-kurangnya lima maklumat 
                            yang tepat.Sekiranya grafik gambar,utamakan aktiviti yang                                  dipaparkan.

Langkah 2      :   Bina pelan maklumat. Guru membimbing murid menggunakan teknik
                           tarik dan tulis maklumat pada bahan grafik.

Langkah 3      :     Menggunakan kata tanya( siapa,bagaimana dan di mana)
                             pada setiap maklumat yang diperolehi.

Langkah 4     :   Latihan membina dan menulis ayat yang gramatis berpandukan
                          pelan maklumat.      
               
Penutup   :  Semak ejaan,tanda baca,imbuhan dan ayat supaya tiada kesalahan.

           

Kami memulakan langkah pengajaran&pembelajaran dengan menyuruh murid membaca arahan dengan teliti  sambil menggarisi klu soalan agar mereka memahami kehendak soalan samada menulis ayat berdasarkan aktiviti/situasi berdasarkan bahan grafik. Ini untuk menarik minat dan perhatian mereka. 

Seterusnya di dalam langkah pertama, murid hendaklah meneliti bahan grafik untuk memahami aktiviti/situasinya. Selepas itu, murid hendaklah menyenaraikan sekurang-kurannya lima maklumat yang tepat yang terdapat dalam gambar. Sekiranya grafik berkaitan gambar, murid-murid hendaklah mencatatkan lima kata kerja yang sesuai berdasarkan gambar. Sekiranya berkaitan data/jadual , murid-murid hendakah mencatatkan isi penting  tentang grafik tersebut.


Di dalam langkah  kedua, kami menunjukkan cara untuk membina pelan maklumat dengan menggunakan teknik tarik dan tulis.Berdasarkan bahan grafik, murid-murid hendaklah membuat garisan pada gambar dan mencatatkan aktiviti yang dilakukan.Contoh penggunaan teknik tarik dan tulis seperti dalam Rajah 2






RAJAH 2- TEKNIK TARIK DAN TULIS


Seterusnya di dalam langkah ketiga, kami  membimbing murid menggunakan kata tanya bagi setiap aktiviti yang ditulis.

Contoh soalan : Siapakah yang membina istana pasir?
Contoh jawapan murid : Dua orang budak lelaki dan seorang budak perempuan.

Contoh soalan: Di manakah mereka membina istana pasir?
Contoh jawapan murid : Mereka membina istana pasir di tepi pantai.

Contoh soalan : Bagaimanakah mereka membina istana pasir?
Contoh jawapan murid: Mereka membina istana pasir menggunakan pasir pantai.


 Untuk langkah yang terakhir, kami telah memberi latihan membina ayat kepada murid-murid. Semasa membuat latihan, kami memberi bimbingan secara individu. Kami membimbing dan melatih  mereka membina ayat supaya gramatis dengan menggunakan kosa kata yang tepat. Setelah murid-murid selesai menulis ayat,mereka diarahkan supaya menyemak ayat masing-masing supaya tiada kesalahan ejaan,tanda baca sebagainya.

Contoh ayat yang gramatis : Dua orang budak lelaki dan seorang budak perempuan sedang membina istana pasir di tepi pantai dengan menggunakan pasir pantai.

Setelah melaksanakan beberapa siri pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini dari awal bulan Julai 2011 hingga penghujung bulan Oktober 2011, kami telah mengadakan 3 siri ujian.  Ujian ini diadakan pada hujung setiap bulan dalam tempoh pelaksanaan kajian ini. Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan terhadap pencapaian subjek kajian dalam Penulisan Bahasa Melayu.

DAPATAN KAJIAN

Kami telah mengumpul pengskoran daripada 3 siri ujian yang telah diadakan. Markah-markah tersebut telah dicatat dalam Borang Analisis pengskoran  seperti Jadual 2.

BIL

NAMA MURID

JENIS UJIAN
PRA UJIAN
UJIAN BULAN
SEPTEMBER
PASCA UJIAN
1
AHMAD IMRAN B. AB.RAHMAN
4
6
9
2
AHMAD SYAKIR AIMAN B. SUDIN
6
7
10
3
ALKAF AMIRULLAH B. ROZAIMIE
5
6
8
4
IZZ AZRI B. ZAKI
4
6
8
5
MUHAMAD FAHMI B. RUSLAN
6
7
9
6
MUHAMAD IRFAN AIMAN B. AZMI
5
7
9
7
MUHAMAD ZHAFAN B. MOHD ZAKI
7
8
10
8
MUHAMMAD FAIZI B. MOHD ZIN
6
8
9
9
MUHAMMAD FIKRI AIMAN B. NAZRI
5
7
9
10
MUHAMMAD KAMIL B. MAZLAN
4
7
8
11
MUHAMMAD MU'AZ B. RUSMAN
6
8
10
12
MUHAMMAD MUSTAQIM B. RUSLAN
5
6
7
13
MUHAMMAD SYAFIQ B. ABD GHANI
6
8
9
14
MUHAMMAD ZUNNUR HAKIM
4
6
7
15
TENGKU MUHAMMAD AIMAN
5
8
10
16
TUAN MUHAMAD FAISAL B. ROSLI
6
8
9
17
AISYAH AMANI BT. MOHAMMED
6
8
10
18
HUSNA AHDA BT. RUSTAM
5
7
9
19
MUKHLISAH BT. MUSTAFA
6
8
10
20
NOR AINAA ALYA BT. MOHD NAWI
5
7
8

JADUAL 2- ANALISIS PENGSKORAN BAHAGIAN A

Berdasarkan analisis pengskoran dalam Jadual 2, didapati berlaku peningkatan markah bagi murid-murid kelas ini. Seramai 18 orang murid iaitu 90% murid telah mendapat pengskoran tahap cemerlang. Hanya 2 orang sahaja lagi berada pada tahap baik iaitu sebanyak 10%. Secara keseluruhannya penggunaan kaedah ini amat brkesan kerana telah berlaku peningkatan yang positif dalam kalangan pengskoran murid-murid.

Kami juga telah menemubual beberapa orang murid berhubung dengan kaedah yang digunakan dalam kajian ini dan keputusan ujian mereka. Berikut merupakan transkrip temubual tersebut.

Cikgu :    Husna, cikgu nampak keputusan pengskoran kamu bertambah baik setelah                menggunakan kaedah ini.

Husna :     Ya, cikgu. Setelah belajar menggunakan kaedah bina pelan maklumat dan                    penggunaan kata tanya saya lebih mahir membina ayat dalam bahagian ini.
Cikgu  :     Bagaimana pula pendapat kamu, Ainaa?
Aina    :     Saya telah memahami cara untuk membina ayat supaya lebih gramatis, cikgu.
Cikgu :   Hakim, cikgu perhatikan pengskoran kamu  masih pada tahap baik berbanding                rakan-rakan kamu yang telah mencapai tahap cemerlang. Adakah kamu faham              kaedah yang cikgu gunakan ?
Hakim :     Faham ,cikgu. Tetapi saya tidak berminat untuk menulis ayat yang panjang-                  panjang.
Cikgu  :  Kamu mesti berusaha bersungguh-sungguh Hakim. Pada tahun hadapan kamu               akan menduduki UPSR dan bahagian ini wajib dijawab. Mu’az, kamu minat                              kaedah yang cikgu gunakan?
Mu’az :    Ya, cikgu. Saya ada idea untuk kembangkan ayat menggunakan kaedah ini.

Temubual  dengan empat orang murid ini mendedahkan sikap mereka terhadap penggunaan kaedah ini. Kami dapati  penggunaan pelan maklumat dan kata tanya  memudahkan mereka untuk mengembangkan idea supaya ayat yang ditulis menjadi gramatis. Tiga orang daripada murid yang ditemubual ini bersetuju bahawa penggunaan bina pelan maklumat dan kata tanya telah membantu mereka menulis ayat yang gramatis. Salah seorang daripada mereka yang ditemubual menunjukkan sikap malas yang menjadi punca kelemahannya menguasai kemahiran dalam mata pelajaran ini.

REFLEKSI
            Pada awal kajian ini, kami dapati subjek kajian kurang memberi kerjasama dan perhatian semasa perbincangan.  Apabila disoal, mereka hanya memberi jawapan tidak tahu  sahaja.  Mereka kurang memberi tumpuan semasa kami  memberi penerangan. Kami  telah membuat teguran terhadap sikap mereka ini. Selepas beberapa siri pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini, mereka telah menunjukkan respon yang positif. Mereka telah berminat dalam aktiviti perbincangan. Kami sangat berpuas hati dengan sikap yang mereka tunjukkan itu serta peningkatan pencapaian mereka.

            Didapati penggunaan kaedah bina pelan maklumat dan kata tanya dalam kajian ini ada memberi kesan yang positif terhahap pemahaman murid-murid . Kaedah ini dapat mempertingkatkan pengskoran mereka ke tahap yang lebih cemerlang lagi. Kami juga berpuas hati dengan hasil kajian ini kerana kaedah yang digunakan dalam amalan pengajaran kami telah menampakkan hasil yang memberansangkan berbanding dengan kaedah yang  digunakan sebelum ini.

             Kami bercadang untuk menggunakan kaedah ini untuk menghuraikan isi-isi penting dalam Bahagian B. Pada persepsi kami, kaedah ini juga sesuai digunakan untuk  menulis karangan. Kami  juga akan terus menggunakan kaedah ini dalam Penulisan Bahasa Melayu kerana kaedah ini dapat memudahkan murid menguasai kemahiran untuk menghasilkan ayat yang baik. 

            Sebagai kesimpulannya, daripada kajian ini didapati sebagai seorang guru, kita perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran-pembelajaran. Setiap kaedah yang kita gunakan ada kelebihan dan kelemahannya untuk digunakan kerana setiap orang murid kita berbeza dari berbagai segi. Kami berpuas hati dengan kajian ini kerana hasilnya telah memberi petanda yang baik untuk meneruskan lagi penyelidikan kami.




KESIGNIFIKANAN KAJIAN

            Dapatan kajian ini telah meningkatkan lagi pencapaian murid-murid Tahun Lima  dalam pengskoran bahagian A dan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu .Kajian ini juga diharap dapat dikongsi bersama dengan ahli jawatankuasa Kajian Tindakan SK.Jelawat , guru-guru sekolah ini melalui aktiviti perkembangan staf serta guru-guru bahasa Melayu SK.Jelawat.

ANGGARAN PERBELANJAAN


PERKARA

JUMLAH
Bahan dan alat bantuan mengajar
RM 200.00
Percetakan 3 siri soalan ujian
RM 150.00
Percetakan modul pengajaran
RM 100.00
Jumlah Keseluruhan
RM450.00

JADUAL KERJA

AKTIVITI

TARIKH
Penulisan Kertas Cadangan
30.6.2011
Mesyuarat Perancangan Kajian Tindakan
3.7.2011
Mesyuarat  pembinaan soalan ujian
7.7.2011
Pelaksanaan Pra Ujian
11.7.2011
Analisis data Pra Ujian dan pemerhatian
26.7.2011
Pelaksanaan ujian bulan September
28.9.2011
Analisis data ujian bulan September dan pemerhatian
5.10.2011
Pelaksanaan Pasca Ujian
31.10.2011
Analisis Data Pasca Ujian
9.11.2011
Refleksi dan penilaian
16.11.2011
Penulisan Laporan Kajian
28.11.2011








BIBLIOGRAFI

Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan pelaksanaan kursus penyelidikan tindakan maktab perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Gan Teck Hock. (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan kenyataan praktis: satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Sarawak, Jilid 2, No 1, 68-85.

Jeffery anak Menggu. (2003). “Aya Du.” Dalam Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003, 8-9 Oktober 2003. Terbitan bersama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan dan Jabatan Pendidikan Bahagian Sri Aman, 133-147.

Haji Razali Yahya. (2010). Karangan Imperatif Tahun 4,5 dan 6. Serdang: Cemerlang Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Buku Panduan Guru, Bahasa Malaysia Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Nor Aslina Mamat. (2007). Contoh Karangan Memindahkan Maklumat/Ulasan: PNI Neorun. Sdn. Bhd.