Rabu, 21 September 2011

PENULISAN BAHAGIAN A



   

1. Baca arahan - aktiviti, situasi,gambar.

2. a) Aktiviti - gunakan kata kerja.
    b)Situasi - tulis 1/2 ayat berdasarkan situasi manakala yang lain 

       kata kerja.

3. Boleh guna nama orang, kata bilangan - beberapa, dua orang.


4. Ayat gramatis - galakkan guna ayat majmuk. Sekurang- 

     kurangnya 8-12 patah perkataan.


5. Elakkan ayat tunggal.

6. Kebiasaannya gambar-gambar yang akan disiarkan berbentuk positif. Gambar-gambar yang berbentuk negatif seperti kebakaran, kemalangan, banjir, kematian, hospital dan lain-lain biasanya tidak akan disiarkan.

7. Jangan tulis ayat yang berbentuk cerita. Jangan gunakan penanda wacana.

8. Tulis keadaan atau situasi yang kelihatan di dalam gambar. Contoh - senyum, sedih, ketawa, gembira dan
sebagainya.



KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN OLEH MURID-MURID


1.  Tidak meletakkan tanda noktah pada akhir ayat, tanda koma, huruf besar 
     permulaan ayat dan kata nama khas.
2.  Membina lebih daripada lima ayat.
3.  Membina lebih daripada satu ayat dalam satu nombor. 

Contoh :

 1. Amin membeli ikan dan sayur di pasar. Amin membawa bakul untuk meletakkan barang-barang yang dibelinya.

     Jika ini berlaku, maka ayat ini akan dikira dan disemak. Dan sekiranya sudah mencukupi bilangan ayat, maka ayat yang seterusnya akan diabaikan.

4. Membina ayat tidak berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar.
5. Ayat yang dibina dan ditulis tidak menepati kehendak soalan. Sila pastikan 
   sama ada arahan mengkehendaki calon membina ayat tentang aktiviti atau 
   situasi. Jika tentang situasi, maka perlu memasukkan kata kerja dalam ayat 
   yang dibina.





















 BAHAGIAN A
[Masa yang dicadangkan: 15 minit]
[10 markah]

  Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar:

  



 1. __________________________________________________

2.___________________________________________________

3.___________________________________________________

4. __________________________________________________

5.___________________________________________________





Tiada ulasan:

Catat Ulasan