Rabu, 21 September 2011

MAKSUD SIMPULAN BAHASA




1. Darah daging
Maksud :Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.


2.Meninggi diri
Maksud : Sombong


3.Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.


4.Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).


5.Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan


6.Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.


7.Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong


8.Murah Hati
Maksud : Pemurah.


9.Tangan Kosong
Maksud : Hampa


10.Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlampau banyak.






UJI KEFAHAMAN ANDA!





1. Ahmad Durrah disayangi oleh Cikgu Ghazali kerana dia merupakan ..................bagi
     pasukan bola sepak sekolahnya.

2. Murid yang .................akan cepat memahami pengajaran gurunya dan pencapaian    akademiknya sentiasa cemerlang.

3. Sikap pemuda itu sentiasa dikagumi oleh penduduk kampung kerana dia ..............
    dan sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan.

4. Harta pusaka Zainab akan tetap diwarisi oleh Rashidah walaupun mereka
    sering bergaduh kerana mereka masih.....................



5. Keadaan cuaca yang mendung dan laut bergelora menyebabkan para nelayan
    dengan perasaan................................




Tiada ulasan:

Catat Ulasan