Khamis, 29 September 2011

BAHASA KIASAN




Bahasa Kiasan atau Bahasa Perbandingan adalah kata-kata yang disusun secara ringkas dan khas.Kata-kata itu untuk menunjukan keadaan seseorang atau sesuatu benda, iaitu dengan cara yang dikhaskan atau dibandingkan dengan benda, orang serta perkara lain.


Bahasa Kiasan digunakan untuk menguatkan dan menjelaskan maksud sesuatu yang diucapkan dan mengindahkan bahasa. Selalunya, Bahasa Kiasan menggunakan prkataan-perkataan :  seperti, bagai, macam, bak, laksana, umpama.

   adil laksana hakim  
   angkuh seperti merak


   baik seperti nabi
   
   bebas seperti burung di angkasa
   
   becok seperti murai
  
   bengkang-bengkok seperti ular kena palu
  
   berani seperti naga
  
   berat seperti batu
  
   berderai seperti kaca terhempas ke batu
   
   bersih seperti kain putih
   
   bersinar seperti permata
 
   besar seperti gajah
   

   betul bagai bendul   
   bijak laksana pendeta
   
   bisa seperti racun
   
   bodoh seperti lembu ; seperti keldai
   
   bulat seperti bola
   
   busuk seperti bangkai
   
   cantik laksana bidadari
   
   cerah bagai siang
   
   cerdik seperti Sang Kancil
   
   cepat bagai kilat
   
   dalam bagai lautan
   
   degil seperti keldai

SANTAIKAN MINDA DENGAN ALUNAN PUISI!



UJI IQ ANDA.

Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan bahasa kiasan yang sesuai.


1. Zamani tidak terangkat kotak itu kerana berat seperti .....................................


2. Kawasan pembuangan sampah itu menimbulkan kemarahan penduduk setempat kerana baunya busuk
    seperti  ....................


3. Faizuran sering diejek oleh rakan-rakannya kerana badannya yang besar seperti .................


4. Walaupun berasal daripada keluarga berada, tetapi Aniq tidak sombong. Sikapnya baik seperti..............


5.  Puteri Rania digilai oleh ramai lelaki kerana dia cantik seperti .........................
   
  
      pengajaranbahasamelayusekolahrendah                

Tiada ulasan:

Catat Ulasan