PENGENALAN
Istilah golongan kata sama dengan
jenis kata atau kelas kata. Pergolongan kata merupakan proses menjeniskan dan
menggelompokkan kata berdasarkan kriteria tertentu. Antara kriteria yang
digunakan untuk menggolongkan perkataan ialah ciri-ciri persamaan yang dimiliki
oleh kategori kata tersebut,makna kata,kesempurnaan bentuk,taburan kata dan
fungsinya dalam ayat.Dalam bahasa Melayu perkataan boleh dimasukkan dalam
golongan kata yang sama berdasarkan ciri-ciri persamaan. Ciri-ciri semantik
atau makna juga digunakan untuk menggolongkan perkataan. Kata-kata dimasukkan
dalam golongan masing-masing berdasarkan makna perkataan tersebut. Umpamanya
dalam tatabahasa tradisional,kata nama didefinisikan sebagai kata yang merujuk
nama orang atau benda. Selain menggolongkan kata dari sudut morfologi dan
semantik, pergolongan kata berdasarkan ciri sintaksis dijadikan panduan. Cara
ini membolehkan pergolongan kata yang lebih tepat. Ciri sintaksis merujuk
kepada sesuatu kata itu dalam struktur frasa atau ayat. Perkataan yang
mempunyai fungsi yang sama dimasukkan ke dalam golongan yang sama.
Golongan kata nama,kata kerja dan kata
adjektif merupakan kata major iaitu kata yang dapat menjadi inti frasa dalam
prediket ayat. Ia juga dirujuk sebagai kata leksikal, iaitu kumpulan kata yang
mempunyai makna yang agak jelas dan boleh ditentukan. Selain itu, ketiga-tiga
golongan kata ini termasuk dalam kelas terbuka, iaitu berpotensi menambah
bilangan kata baharu yang tidak terhad jumlahnya,dapat dicipta dan ditambah
pada kelas katanya.
Oleh
itu, sesuatu perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria
semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati selaras dengan status
perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis,
iaitu frasa, klausa, dan ayat.
Ayat dan klausa
mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa
subjek dibentuk oleh frasa nama. Frasa predikat pula dibentuk oleh empat jenis
frasa, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
Frasa-frasa ini disebut frasa utama ayat.
Dalam bahasa Melayu
terdapat dua kumpulan kata, iaitu:
I. Kata isian
(kumpulan yang terbuka kerana sentiasa berkembang)
II. Kata
tugas (kumpulan kata tertutup seperti dan, itu, amat, walaupun, sekiranya, dan sebagainya.
KONSEP GOLONGAN KATA
Menurut
Nik Safiah et.al ( Tatabahasa Dewan Edisi ketiga) perkataan digolongkan
berdasarkan kriteria sintaksis dan semantik kerana penggolongan yang sedemikian
didapati lebih selaras dengan status perkataaan satu bentuk bebas yang menjadi
unsur binaan sintaksis iaitu frasa,klausa dan ayat. Binaan sintaksis bermaksud
konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang dapat berfungsi sebagai ayat
ataupun sebagai konstituen dalam ayat,iaitu klausa dan frasa. Dengan hal
demikian,perkataan dari sudut binaan sintaksis ialah bentuk yang minimum yang
boleh menjadi unsur bagi setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat,klausa dan
frasa. Ayat dan frasa mengandungi 2 konstituen utama iaitu frasa subjek dan
frasa prediket. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Frasa prediket pula
dibentuk oleh 4 jenis frasa iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK),frasa
adjektif(FA) dan frasa sendi nama(FS). Frasa-frasa ini disebut frasa utama.
Kata nama,kata kerja dan kata
adjektif bolehlah disebut golongan kata utama kerana menjadi inti bagi frasa
utama ayat. Selain tiga golongan kata utama ini, tidak terdapat lagi
perkataan-perkataan yang boleh menjadi inti bagi mana-mana frasa nama. Oleh
itu, perkataan selain 3 golongan kata nama itu, boleh dikelompokkan ke dalam
satu golongan kata secara kolektif yang disebut kata tugas yang bersifat
heterogen. Kesimpulannya,golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada 4,
iaitu:
1. Kata nama
2. Kata kerja
3. Kata adjektif
4. Kata tugas.
Manakala menurut Asmah Haji Omar( Nahu Melayu Mutakhir) kata boleh
dimasukkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan ciri-ciri sintagmatik dan
paradigmatiknya. Ciri sintagmatik sesuatu kata itu memperlihatkan:
1.
Fungsi kata itu dalam struktur tertentu
2.
Hubungannya dengan kata-kata lain dalam struktur yang sama.
Misalnya, Ali boleh berfungsi
sebagai subjek dan juga objek ayat disamping dapat berhubung secara
langsung dengan kata kerja yang
mengikuti atau mendahuluinya. Contohnya,
1.
Ali memanggil Ahmad.
2.
Ahmad tidak mendengar Ali.
Dalam
hubungan paradigmatik, Ali boleh digantikan dengan kata nama lain,
bapa,abang,saya,dia dan sebagainya.Dari itu, kita katakan Ali, bapa, abang,saya
dan dia memasuki satu golongan. Dalam penggunaan bahasa, adakalanya sesuatu
kata nama itu dapat digantikan dengan kata nama sahaja dan ada kalanya tidak.
Contoh di atas menunjukkan ciri-ciri
persamaan dan perbezaan antara kata-kata
yang boleh menempati fungsi yang sama dalam ayat.Ciri-ciri yang sama
menimbulkan golongan . Maksudnya memasukkan kata-kata itu dalam golongan yang
sama, sedangkan ciri-ciri perbezaan menghasilkan beberapa subgolongan dari
golongan tadi. Maka kata sempurna dalam bahasa Melayu dibahagikan ke dalam
golongan-golongan berikut :
1. Benda dengan subgolongan
nama,ganti nama dan bilangan.
2. Karyaan dengan subgolongan kerja
dan sifat serta subgolongan masing-masing.
3. Adverba dengan subgolongannya.
PERBANDINGAN UTAMA GOLONGAN KATA
NIK SAFIAH et.al (2008)
|
ASMAH HAJI OMAR(2009)
|
KATA NAMA
|
BENDA
i.
Kata Nama
ii.
Kata Ganti Nama
iii.
Kata Bilangan
|
KATA KERJA
|
KARYAAN
i.
Kata Kerja
ii.
Kata Sifat
|
KATA ADJEKTIF
|
ADVERBA
|
KATA TUGAS
|
|
Golongan Kata Nama
Nik
Safiah et.al (2008)
|
Asmah
Haji Omar (2009)
|
Sejumlah
perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya
kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.
Kata
nama dipecahkan seperti berikut :
Kata Nama Khas
Kata
nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan
huruf besar. Terbahagi kepada dua
iaitu :
Kata Nama Khas Hidup
- -Manusia
: Nina, Hani
-Bukan manusia:
Lassie,Putih.
a.
Kata
Nama Khas Tak Hidup
Contohnya
: Kuala Lumpur, Proton Saga, Pasir Mas,
Brunei, Gunung Jerai,
Kata Nama Am
Kata nama am
ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama
am terbahagi kepada dua jenis, iaitu
a. i. Kata nama am
konkrit (yang membawa konsep kebendaan)
Contohnya
: tangan, pekerja, rumah, kereta,
sungai, kambing, lautan
ii.
Kata nama am abstrak (yang membawa konsep
mujarab atau bukan kebendaan)
Contohnya
: mimpi, roh, idaman, kedamaian,
perpaduan serapan
Kata Ganti Nama
Kata
ganti nama terbahagi kepada dua iaitu :
a. kata ganti nama
tunjuk
- kata ganti nama
tunjuk umum
contohnya : ini, itu
- kata ganti nama
tunjuk tempat
contohnya : sini, situ
b. kata ganti nama diri
- kata ganti nama diri
tanya
contohnya : siapa, apa, mana
- kata ganti nama diri
orang
Manakala
kata ganti nama diri orang terbahagi kepada
a. kata ganti nama diri
orang pertama
contohnya
: saya, aku, beta, kita, patik, kami
b. kata ganti nama diri
orang kedua
contohnya
: saudara, kamu, awak, kau, engkau,
anda
c. kata ganti nama diri
orang ketiga
contohnya
: ia, dia, beliau, mereka
-nya
|
Kata benda yang berfungsi pada subjek dan
objek ayat. Ia merujuk pada sesuatu yang
bernyawa,tak bernyawa,konkrit dan abstrak. Ia dipecahkan :
Kata
Nama Khas dan Am.
i. Kata nama khas adalah nama orang,badan-badan
tertentu,undang-undang,tempat,bangsa dan bahasa. Dalam tulisan huruf
pertamanya huruf besar. Contoh, Tabung
Haji, Sungai Siput.
ii. Kata nama am kata yang tidak
merujuk kepada nama-nama secara khas dan tidak ditulis dengan huruf besar. Contoh,kertas,pensel,kaawan.
Kata
Nama Bernyawa Dan Tak Bernyawa
i.Kata nama bernyawa.Contoh, polis ,lembu, pokok
ii. Kata nama tak bernyawa.Contoh, meja ,kerusi, buku
Kata
nama manusia dan bukan manusia.
i. Kata nama manusia terdiri
daripada kata nama khas dan am.
ii. Kata nama bukan manusia
terdiri daripada kata nama am.
Kata
Nama Konkrit dan Abstrak
i. Kata nama konkrit ialah benda
yang boleh dilihat,sentuh,hidu, dengar .Contoh,
air, angin,wangian
ii. Kata nama abstrak kata nama
yang tak dapat dilihat,hidu,sentuh, dengar. Contoh fikiran,perasaan,kebahagian.
Kata
Nama Berhitungan dan Tak Berhintungan.
i. Dihitung dengan/tanpa penjodoh
bilangan. Contoh, pensel,kereta ,baju.
ii. Dihitung hanya menggunakan
kata ukuran seperti kilo,kati,ela.
Kata
Nama Institusi dan Bukan Institusi.
i.Institusi. Contoh ke sekolah, ke kementerian.
ii. Bukan institusi. Contoh kepada sekolah, kepada
kementerian
Kata
Nama Ukuran
Contoh,
orang ekor,pokok, kuntum
Kata
Nama Waktu
Contoh,
pagi, siang, malam.
Kata
Nama Tempat
Contoh,
hulu,hilir,pinggir,seberang.
Kata
Nama Warna.
Contoh,
biru,merah,hijau
Kata
Nama Kumpulan ( Hipernim)
Contoh,
buah ( epal,limau,kelapa)
Kata
Nama Bangsa dan Bahasa
i.Bangsa- Melayu,Cina, India.
ii. Bahasa- bahasa Malaysia,
bahasa Iban.
Kata
Nama Gelaran
i. Gelaran kekeluargaan- Pak Ali,abang, Anjang.
ii. Gelaran pergaulan- Encik,Puan, Cik.
iii. Gelaran pergaulan tak
sengaja-Tuan,Haji
iv. Gelaran warisan- Raja,Wan,Tengku.
v. Gelaran kurniaan- Datuk,Tun,Datin
vi. Gelaran keagamaan- Haji, Hajah
vii. Gelaran olokan- Si Badul, Si
Luncai.
viii. Gelaran kegerunan- Sang Belang,Sang Bedal.
ix.Gabungan gelaran- Pak Haji,Cik Nik.
ixx. Rujukan kehormat- Yang Maha Mulia.
Kata
Ganti Nama
Kata
ganti nama ialah kata yang berdiri di tempat kata nama. Terbahagi kepada :
i. Kata Ganti Nama Diri
ii. Kata Ganti Nama Tunjuk
iii. Kata Ganti Nama Tanya.
Kata
Ganti Nama Diri.
i. Ganti nama diri manusia (diri
pertama,kedua, ketiga)
ii. Konteks
sosiolinguistik-meliputi taraf social seseorang.
iii. Ganti nama bahasa diraja-beta,patik,tuanku.
iv. Ganti nama biasa
- Hormat-saya,tuan,puan.
-Neutral- saya,anda, saudari
-Kasar/intim- dia,aku,kamu.
v. Konteks nahu.- diperinci menurut bentuk dan
fungsinya.
vi. Ganti nama kendiri- sendiri,kendiri.
vii. Ganti nama diri bukan
manusia- ia,ianya.
viii.Bentuk klisis(lemah)- ku,kau,mu.
Ganti
Nama Tunjuk.
-
ini, itu
Ganti
Nama Tanya.
- apa,siapa,mana,berapa?
Kata
Bilangan
- Termaktub ciri jumlah di
dalamnya
i. Kata
bilangan kardinal.
- Kata nombor ( kata yang melambangkan
nombor).Contoh,setengah,sesuku,sebelas
,dua.
- Kata kuantiti ( Jumlah yang
tidak nyata) Contohnya, segenap,sekalian,separuh,suku.
ii. Kata bilangan ordinal.( kata yang melambangkan urutan dalam
jumlah)Contoh, pertama,kedua,ketiga.
|
GOLONGAN KATA KERJA
NIK SAFIAH et.al (2008)
|
ASMAH HAJI OMAR (2009)
|
kata
kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa
kerja.
-kata
kerja terbahagi kepada dua iaitu :
i.kata
kerja aktif
- kata kerja aktif tak
transitif
- kata kerja aktif
transitif
ii.kata
kerja pasif
Kata kerja aktif tak
transitif
-kata
kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.
-dibahagi
kepada subgolongan, iaitu:
i.kata kerja aktif tak transitif tanpa
pelengkap
-
kata kerja yang boleh
berdiri tanpa objek atau penyambut.
Contohnya:
Semua orang pulang.
ii. kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
-
kata kerja yang mesti
diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
Contohnya:
Keadaan bapanya beransur baik.
Kata kerja aktif
transitif
-kata
kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk
melengkapkan maksudnya.
- contohnya:
Saya telah menjawab surat itu.
Kami
membaiki kereta itu.
Kata kerja pasif
-kata
kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi
ayat pasif.
- Contonya:
Surat
itu telah saya jawab.
Kereta itu telah kami baiki.
|
Merupakan
dibawah subgolongan karyaan. Merupakan kata yang berfungsi pada prediket
dalam ayat. Ia boleh dibahagikan kepada:
i.
Kata kerja leksikal
ii.
Kata kerja bantu.
Kata Kerja Leksikal(kata kerja
umum)
i. Kata kerja perbuatan
-Perbuatan sengaja- (
dilakukan dengan penuh sedar) Contohnya,membuka
,memberi,mengambil.
- Tak sengaja (
kebalikkan daripada perbuatan sengaja) Contoh,tertidur,terambil,terkeluar.
- Perbuatan kendiri (
berlaku/dilakukan pada diri sendiri)
contoh,tidur,mandi,bersolek.
-Perbuatan luar
kendiri( dilakukan pada orang lain/benda lain).Contoh,mencukur ,menyolek.
-Perbuatan
menyebabkan(berlakunya sesuatu peristiwa/keadaan)Contoh,bunuh,basuh,membersihkan.
-
Perbuatan
tak menyebabkan. Contoh,
mati,marah,berbaring.
-Menghasilkan.Contoh,masak,buat,tumbuk
- tak menghasilkan.Contoh buka,tutup,makan.
-Perbuatan saling. Contoh, bersalam,berbual,berpelukan
-menyaling. Contoh, menegur,memeluk,memaki.
-Perbuatan dengan
upaya biasa.Contoh
-memasak,menari,melompat.
- Upaya luar biasa. Contoh, tergamak,terangkat.
-Perbuatan seketika. Contoh berdering,berlari,memandang
--Perbuatan
berterusan. Contoh
berdering-dering,berlari-lari.
- Perbuatan tabiat (
ciri dalam kehidupan pelaku)Contoh,
berjual,bekerja,berabdi.
- Bukan tabiat.Contoh, menjual,mengerjakan,mengabdikan.
- Perbuatan gerak. Contoh, pergi,datang,terbang,bawa.
-Perbuatan bukan
gerak.Contoh, duduk,tidur,hinggap.
-Perbuatan
memanfaatkan.Contoh,masakkak,tuliskan,beri.
-Perbuatan
yang tidak mendokong makna’manfaat’. Contoh,masak,bawa,tulis.
ii. Kata Kerja Keadaaan
- Kata kerja
peristiwa. Contoh,mati,hidup,sakit.
- Kata kerja
kepunyaan. Contoh,ada,punya,mempunyai.
- Kata kerja
pemerian. Contoh, menjadi,merupakan,terdiri.
Kata
Kerja Bantu.( iaitu kata kerja yang membantu kata
kerja leksikal)
i. Kata kerja aspek
(merujuk pada proses perbuatan atau keadaan) Contoh, sudah,telah,sedang,belum,mahu.
ii. Kata kerja
madolitas ( membantu dan memberi ciri suasana kepada perbuatan/keadaan)Contoh, mahu,hendak,boleh,
dapat,mesti,wajib,mungkin,enggan,perlu.
|
GOLONGAN KATA ADJEKTIF
NIK SAFIAH et.al(2008)
|
ASMAH HAJI OMAR ( 2009)
|
Kata
adjektif dikenali sebagai kata sifat iaitu perkataan yang menjadi unsur inti
dalam binaan frasa adjektif.
-kata
adjektif dibahagikan kepada 9 jenis iaitu:
i. Kata adjektif sifatan @ keadaa
-memberi
pengertian sifatan atau keadaan.
Contohnya:
baik, lemah, gopoh, sihat, pandai,
berani, takut.
ii.Kata adjektif warna
-membawa
pengertian warna sebagai unsur keterangan.
Contohnya
: merah, biru, putih
iii.
Kata adjektif ukuran
-membawa
pengertian ukuran.
Contohnya:
panjang, pendek, besar, kecik, tebal,
nipis
iv.
Kata adjektif bentuk
-membawa
pengertian rupa bentuk.
Contohnya:
bulat, lurus, buncit, leper, lekuk,
bujur, bengkok.
v. Kata adjektif waktu
-membawa
pengertian konsep masa.
Contohnya:
baharu, lama, awal
vi. Kata adjektif jarak
-membawa
pengertian konsep ruang antara dua bentuk atau keadaan sebagai penerang
k.nama
Contohnya:
jauh, rapat, hampir,
vii. Kata adjektif cara
-membawa
pengertian keadaan kelakuan atau ragam.
Contohnya:
cepat, selalu, laju, deras, lincah,
jelas.
viii. Kata adjektif perasaan
-membawa
pengertian konsep perasaan.
Contohnya:
rindu, benci, cinta
ix. Kata adjektif pancaindera
-membawa
maksud konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima
indera.
-
Deria rasa
Contohnya: sedap,masin
- Deria pandang
Contohnya:cantik,segak
-Deria
dengar
Contohnya: lunak,garau
-Deria bau
Contohnya:harum,busuk
-Deria sentuh
Contohnya:kasar,licin
|
Merupakan subgolongan
dari golongan karyaan dan mempunyai persamaan dengan kata kerja tak transitif
kerana kedua-duanya tidak mengambil objek.
- Ia dapat
dibahagikan kepada 15 jenis.
i. Kata Sifat Tabii.
- Memberi percirian
pada tabiat/perangai manusia. Contoh, baik,jahat,nakal.
ii. Kata sifat Warna
- menerangkan tentang
warna dan tidak pernah berdiri sendiri.
Contoh, merah,biru,hijau.
iii.
Kata sifat ukuran
- merujuk ukuran
benda bernyawa atau tidak. Contoh,
kecil,gemuk,panjang,pendek.
iv. Kata sifat bentuk
- memberi
keterangan tentang sesuatu bentuk. Contoh, bulat,leper,bengkok.
v.
Kata sifat indera
- menerangkan ciri
sesuatu berdasarkan pancaindera rasa,dengar, bau,sentuh. Contoh manis,hodoh,bising,wangi,kasar.
vi. Kata sifat
gabungan indera
- mempunyai ciri 2
indera atau lebih. Contoh, tenteram (gabungan dengar dan pandang),kotor (
gabungan pandang,sentuh,bau).
vii.
Kata sifat waktu diwakili oleh kata sifat lama,baru,segera
viii.
Kata sifat jarak menerangkan jarak antara antara 2
titik dari penutur kepada yang dirujuknya.Contoh,
jauh,dekat,hampir.
ix.
Kata sifat kecepatan merujuk pada daya cepatnya
sesuatu gerak. Contoh,
cepat,lambat,laju,deras.
x.
Kata sifat kuasa tenaga- boleh berfungsi sebagai kata
adverba. Contoh, segar,
kuat,lemah,lesu.
xi.
Kata sifat taraf merujuk pada taraf seseorang dalam
masyarakat. Contoh, ternama,terkenal,
masyhur.
xii.
Kata sifat suhu membawa makna sejuk panasnya keadaan
alam dan jasmani. Contoh,panas,hangat,dingin.
xiii.
Kata sifat emosi merujuk perasaan yang muncul
disebabkan sesuatu yang berlaku. Contoh,gembira,riang,dukacita.
xiv.Kata
kerja akaliah
membawa makna penerapan fikiran atau akal. Contoh,cerdik,pintar,pandai.
xv.Kata
sifat akhlak mengambarkan perangai seseorang
menurut peraturan agama dan kesusilaan. Contoh,
tulus,jujur,bersih,amanah.
|
GOLONGAN KATA TUGAS
NIK SAFIAH et.al (2008)
|
ASMAH HAJI OMAR (2009)
|
Kata tugas ialah
golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh
menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik: frasa nama, frasa kerja,
frasa adjektif.
-kata
tugas dapat dikelompokkan kepada empat kelompok yang berikut :
1.K kata
penyambung ayat
-ial kata hubung, iaitu sejumlah perkataan
yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu
bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk.
a)
Kata
hubung
-kata
hubung gabungan
Jenis
kata yang menghubungkan dua klausa atau
lebih yang sama tara sifatnya.Contohnya: dan, lalu, serta, sambil, atau, malahan
-kata hubung pancangan
Jenis kata hubung yang menyambung
klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.Kata hubung pancangan terbahagi
kepada 3 jenis iaitu:
i-
keterangan
Berfungsi menghubungkan klausa
yang menjadi keterangan pada klausa utama.Contohnya: kerana, agar,semasa, ketika, untuk, apabila, kalau dll.
ii-
komplemen
Berfungsi menghubungkan klausa
yang menjadi komplemen atau pelengkap apda klausa utama.
Contohnya ada dua iaitu: bahawa dan untuk.
iii-
relatif
Berfungsi menghubungkan klausa
utama dengan klausa kecil yang lain.
Contohnya: yang
2. Kata praklausa
-sejumlah perkataan yang terletak di
hadapan klausa, yang terdiri daripada :
i. Kata seru
Bentuk kata yang berfungsi
melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.
Contohnya: aduh, aduhai, ah, amboi, cih, cis, eh, nak, oh, wah, dan wahai.
ii. Kata tanya
Perkataan yang digunakan untuk
menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu.
Contohnya: mengapa, bagaimana, berapa, bila, apa, siapa, mana.
iii.Kata perintah
Bertujuan menimbulkan sesuatu
tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan.
Contohnya: jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap.
iv.Kata pembenar
Perkataan yang mengesahkan
sesuatu pernyataan.
Contohnya: ya, benar, dan betul.
v. Kata pangkal ayat
Perkataan yang hadir di bahagian
hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.
Contohnya: hatta, maka, adapun, arakian, sebermula, alkisah
3. Kata prafrasa dan pascafrasa
-sejumlah perkataan yanghadir
sebelum dan sesudah empat frasa tersebut.
i. Kata bantu (sebelum frasa)
Jenis perkataan yang bertugas
membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dengan menimbulkan
makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam.
Kata bantu di bahagikan kepada 2
kumpulan iaitu:
-Kata bantu aspek
Menimbulkan suasana perbezaan
masa, iaitu masa lampau, masa kini atau masa hadapan.
Contohnya: telah, sudah, baru, pernah, masih, mula, belum, akan, sedang.
-Kata bantu ragam
Bentuk kata yang menyatakan atau
menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan.
Contohnya: hendak, mahu, harus, mesti, dapat, boleh.
ii. Kata penguat
Perkataan yang mendahului atau
mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang
terkandung dalam kata atau frasa adjektif.Ada 3 jenis kata penguat iaitu:
-Kata penguat hadapan
Perkataan yang terletak di
hadapan frasa atau kata adjektif.
Contohnya : terlalu, paling, agak, cukup, makin, dan kurang.
-Kata penguat belakang
Perkataan yang terletak di
belakang frasa atau kata adjektif.
Contohnya: sekali,
benar, betul, nian.
-Kata penguat bebas
Perkataan yang terletak di
hadapan atau pun di belakang frasa atau kata adjektif.
Contohnya: amat, sangat, dan sungguh.
iii. Kata penegas
Sejumlah perkataan yang
memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.Terdapat dua
jenis kata penegas iaitu :Yang
menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya.
Contohnya, -kah, -tah, -lah
- Yang menegaskan
kedua-dua bahagian ayat iaitu subjek atau predikat.
Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi dan memang.
iv.Kata naïf
Perkataan yang menjadi unsur nafi
frasa-frasa predikat.Contohnya : bukan
dan tidak.
v. Kata pemeri
Unsur yang menjadi pemeri hal
atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.Terdapat
dua cara iaitu,
- Secara persamaan
antara subjek dengan predikat atau ekuatif, dengan penggunaan kata pemeri ialah.
-Secara
huraian tentang subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri adalah.
vi. Kata sendi nama
Perkataan yang terletaknya di hadapan
frasa nama.Contohnya: di, bagi,
laksana, antara, untuk, dalam, sampai, pada, kepada, dari, daripada, ke,
bagai, akan, oleh, dll.
vii.
Kata
arah
Sejumlah perkataan yang hadir sebelum
frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau
jurusan.Contohnya: atas, bawah, tepi,
belakang, hadapan, tengah, sudut, sisi, luar, utara, selatan, dll.
viii.
Kata bilangan
Sejumlah perkataan yang menjadi
penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.Jenis kata
bilangan ialah :
- Jumlah yang tentu.
Contohnya, dua, sejuta, seribu, tiga, sepuluh, dll
- Bilangan tak tentu.
Contohnya, semua, para, beberapa, seluruh, banyak, sedikit dll.
- Himpunan.
Contohnya, beribu-ribu, berguni-guni, bertiga-tiga, dll.
- Pisahan.
Contohnya masing-masing, setiap, tiap-tiap.
- Pecahan.
Contohnya setengah, dua pertiga, dll.
ix.
Kata adverba
Perkataan yang menerangkan kata kerja,
kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan
tempat.Contohnya, selalu, sentiasa,
esok, dan sering kali.
4. Kata pascakata
-satu bentuk kata yang hadir selepas
perkataan. Bentuk itu ialah –nya yang berfungsi sebagai penekan dan
pembenda.Antara bentuk kata demikian ialah sesungguhnya, nampaknya, lajunya, dan datangnya.
i. Kata penekan
Bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.
Contohnya: Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
ii. Kata pembenda
Bentuk yang menjadikan sesuatu
perkataan yang bukan daripada kata
nama sebagai kata nama.
Contohnya: Lajunya ialah
100km sejam.
|
Kata
adverba ialah kata yang berfungsi pada ajung ayat dalam
struktur subjek-predikat-objek-anjung.Kata adverba boleh dibahagikan kepada
29.
1.
Adverba tempat menerangkan di mana
peristiwa/perbuatan itu berlaku. Contoh; situ,sini,sana,luar.
2.Adverba
arah yang menyatakan dari mana atau ke mana
bergeraknya sesuatu perbuatan/peristiwa.Contoh;
pergi- Dia sudah pergi sekolah.
3.
Adverba waktu iaitu kata/frasa/klausa yang menjawab
pertanyaan bila sesuatu peristiwa itu berlaku. Contoh; sekarang,kini dulu,kelak
4.Adverba
alat menjawab pertanyaan dengan apa sesuatu itu
dilakukan. Contoh; dengan pisau,dengan
kereta.
5.Adverba
penyertaan menjawab dengan siapa sesuatu itu
dilakukan. Contoh; dengan ,bersama.
6.Adverba
gaya menerangkan bagaimana atau dengan gaya yang
bagaimana sesuatu perbuatan dilakukan.
Contoh; perlahan-lahan,cepat.
7.Adverba
muasal menjawab dari apa sesuatu itu disempurnakan. Contoh; dari kulit,dari marmar.
8.
Adverba manfaat menjawab pertanyaan untuk siapa,kepada
siapa atau dari siapa sesuatu perbuatan itu dilakukan. Contoh; kepada adik,untuk tetamu,dari rumah.
9.
Adverba durasi menerangkan jangka waktu yang
terus-menerus yang menjadi konteks sesuatu perbuatan/peristiwa. Contoh; sentiasa,sebentar,sekejap.
10.
Adverba kekerapan menerangkan berapa kali sesuatu
perbuatan/peristiwa berlaku. Contoh;
selalu,kadang-kadang.
11.
Adverba perbatasan menunjukkan batas atau hadnya sesuatu
perbuatan/peristiwa. Contoh menggunakan
gabungan antara hanya atau Cuma dengan sahaja.
12.
Adverba perhinggaan menerangkan tempat atau waktu
berakhirnya perbuatan/peristiwa.Contoh
sampai mana,hingga bila,sampai bila.
13. Adverba cara
menunjukkan cara atau kaedah sesuatu perbuatan. Contoh; begini,begitu,demikian.
14.
Adverba permulaan menunjukkan permulaan
perbuatan/peristiwa. Contoh;
sejak,semenjak,mulai.
15. Adverba kesungguhan
mempersungguhkan sesuatu perbuatan/peristiwa.Contoh betul-betul,benar-benar,sama sekali.
16.
Adverba musabab hanya didukung oleh klausa yang
ditandai kata hubung sebab,kerana,oleh
sebab,oleh kerana.
17.Adverba
tujuan menyatakan tujuan sesuatu perbuatan/peristiwa.Contoh; agar,supaya,untuk.
18.
Adverba syarat menyatakan syarat yang dikenakan
untuk berlakunya sesuatu perbuatan. Contoh;
jika,kalau,andaikata,seandainya.
19.
Adverba tolak ansur menyatakan 2 keadaan yang menjadikan
konteks berlakunya sesuatu perbuatan/peristiwa. Contoh;sungguhpun,meskipun,walaupun.
20.Adverba
kiasan adalah adverba yang mengkiaskan sesuatu perbuatan
itu kepada perbuatan/peristiwa lain. Contoh;
seperti,laksana,umpama,semacam.
21.
Adverba pemastian mempunyai fungsi untuk memastikan
sesuatu perbuatan yang belum berlaku. Contoh;
pasti,tentu,tentu sekali.
22.Adverba
kejauhan menerangkan jarak jauhnya sesuatu perbuatan itu
dari titik permulaan sampai ke titik penghujungnya. Contoh; dua batu,lima kilometer
23.Adverba
pemakinan menerangkan keadaan /sifat yang
mengalami peningkatan dari pelbagai-bagai aspek. Contoh; makin,semakin.
24.Adverba
tanya ialah kata /frasa tanya,bukan kata ganti tanya
dan yang memerlukan sebagai jawapan kata/frasa yang berfungsi sebagai
adverba.Contoh; sampai bila?,untuk
siapa? berapa orang?
25.Adverba mentara menunjukkan adanya
perbuatan yang lain yang menjadi konteks perbuatan utama. Contoh; sementara,sambil.
26.Adverba
rujukan menerangkan rujukan yang menjadi konteks
berlakunya sesuatu perbuatan.Contoh;
menurut,mengikut,berhubung dengan.
27.
Adverba perbandingan ialah subgolongan adverba yang
menerangkan kata sifat.Adverba ini didukung oleh bentuk kata dan juga rangkai
kata.
28.
Adverba agentif ialah adverba yang menunjuk kepada
pelaku perbuatan. Contoh ;oleh Ahmad.
29.
Adverba anafora adalah merujuk pada pernyataan dalam
ayat sebelumnya. Contoh;oleh itu,lagi
pula, namun.
|
RUMUSAN
Penggolongan kata merupakan satu
proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama.
Penggolongan kata penting kerana kita dapat meletakkan gatra tertentu dalam
ayat. Perkataan dalam bahasa Melayu bersifat berubah-ubah seperti ‘chameleon’
iaitu perubahan mengikut fungsinya dalam ayat.Justeru itu kita perlu
mempelajari konsep penggolongan kata dengan betul agar boleh membezakan
mengikut kelas kata tersebut. Dalam menggolongkan kata, Nik Safiah et.al (2008)
dan Asmah Haji Omar (2009) menggunakan
empat kriteria dalam linguistik iaitu morfologi,sintaksis,semantik dan
fonologi.Walaupun terdapat perbezaan dalam
golongan kata utama antara Nik
Safiah et.al (2008) dan Asmah Haji Omar (2009),namun teknik mengkelasannya
masih sama iaitu menggunakan empat kriteria utama. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata
di bawah kelas kata tugas oleh Nik Safiah et.al tetapi Asmah Haji Omar
mengolongkanya sebagai golongan kata utama. Manakala Asmah mengkelaskan kata
nama di bawah subgolongan benda berbanding Nik Safiah et.al yang
menggolongkannya sebagai golongan utama. Selain itu, kata sifat dan kata kerja
berada di bawah subgolongan karyaan oleh Asmah
manakala Nik Safiah et.al menggolongkannya di bawah golongan utama. Buku
Nahu Melayu Mutakhir merupakan hasil kajian yang mendalam tentang golongan kata
memandangkan pengunaannya yang pesat pada masa kini. Sesuatu bidang ilmu boleh
dikaji dan diolah dari berbagai-bagai sudut fikiran ,yang dalam itu sendiri
ditunjangi oleh teori dan pendekatan. Asmah Haji Omar (2009) melihat bahasa secara eklektik. Dengan
pendekatan seperti itu, maka cara pemaparan butir-butir bahasa bersifat
maksimalis dan dengan demikian memberi
kemungkinan menerangkan setiap butir yang berlaku dalam bahasa berdasarkan
teori utama dan teori tunjangan yang diterapkan. Buku Tatabahasa Dewan pula merakamkan sistem bahasa Melayu yang
merupakan salah satu korpus utama bahasa Melayu dan menjadi pegangan oleh
Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pelajaran.
RUJUKAN
Siti
Hajar Abd Aziz( 2010). Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua. Oxford Fajar.
Dr
Ali Mahmood et.al (2012). Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu.OUM.
Raminah
Hj Sabran et.al (1984) . Kajian Bahasa.Fajar Bakti Sdn Bhd.
Asmah
Haji Omar (2009). Nahu Melayu Mutakhir. DBP.
Nik
Safiah Karim et.al ( 2008).Tatabahasa Dewan Edisi ketiga. DBP.
salam...penerangan yang amat baik..mohon keizinan buat rujukan..
BalasPadamsharing is caring...trm kasih..
BalasPadamsangat membantu dalam menyiapkan tugasan saya. Terima Kasih
BalasPadamsangat bermanfaat..terima kasih banyak-banyak...mohon izin untuk copy ya...
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ini..SUMBER telah diberi dengan baik dan membantu saya untuk membuat tugasan..
BalasPadam