Khamis, 17 November 2011

PERMAINAN BAHASA.







PANTUN TEKA TEKI



Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji,
Kalau tuan bijak pandai,
Apa binatang keris di kaki?



 Jawapan _____________.




Ada sebiji   roda pedati,
Bentuknya bulat daripada besi,
Selalu diikat sekuat hati,
Dilempar hidup dipegang mati? 


Jawapan _______________.


Burung  nuri burung dara,
Cubalah teka wahai saudara,
Semakin diisi makin ringan? 


Jawapan _________________.






Bunga orkid indah warnanya,
Penyeri taman perindah hutan,
Ramai orang datang bertanya
Tapak siapa hidup di lautan?


 Jawapan _________________.





"SELAMAT MENJAWAB"




Tiada ulasan:

Catat Ulasan