Ahad, 27 November 2011

KENALI KATA NAMA DALAM BAHASA MELAYU



KATA NAMA AM

Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll

binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll

tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll

benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll







Kata Nama Khas
 Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam

binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)

tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)

bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)

judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)

benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)

Baca ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, kelaskan kata nama am dan khas di dalam jadual yang disediakan.

1.
Pegawai tentera itu mempunyai suara garau.
2.
Sebagai penyanyi latar, hubungan Lata dengan komposer lagu mestilah baik supaya mereka dapat menghasilkan lagu yang terbaik.
3.
Pemuda itu semakin lemah kerana darah berjejeran keluar dari lukanya.
4.
Kain baju itu berlonggok di dalam bakul plastik.
5.
Nenek menghamparkan sebidang tikar usang di ruang tamu.
6.
Latihan bola sepak akan diadakan setiap hari kecuali hari Ahad.
7.
Mak Su membasuh pinggan mangkuk yang digunakannya semalam.
8.
Dugong ialah haiwan laut yang hanya makan rumpai laut sahaja.
9.
Dua orang penceramah telah bersedia untuk menyampaikan ceramah masing-masing.
10.
Lisa membeli selendang sutera untuk ibu kesayangannya.
11.
Penduduk kampung sentiasa menghormati lelaki tua yang budiman itu.
12.
Kemalangan itu perlu dilaporkan kepada polis.
13.
Tanaman ibu Aliah telah bertunas.

Kata Nama Am
Kata Nama Khas













1 ulasan:

  1. How to Make a surgical steel vs titanium
    3 out of 5. The design of the titan metal steel is suitable for the endpiece titanium bmx frame or titanium mug arm; titanium bars it's a little more complex than the base titanium melting point design. The

    BalasPadam