Sabtu, 29 Oktober 2011

PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan adalah kata yang digunakan bersama-sama dengan
kata bilangan.
2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya. Berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya.


 PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN

baris:
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya


batang:
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya


biji:
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya


cucuk:
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya


das:
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam


ekor:
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya


gugus:
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya


ikat:
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya


jambak:
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya


keping:
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya


ketul:
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya


laras:
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya


lembar:
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya


pasang:
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya


sikat:
Untuk pisang


ulas:
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya


utas:
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya.



    
    UJI IQ ANDA  


      




1) Se ___________________ tiang lampu di tepi jalan itu telah tumbang.

2) Bapa Ali sedang menebang pokok dengan menggunakan se___________________ kapak yang tajam.

3) Ibu membelikan adik dua ___________________ stoking baru.

4) Saya telah makan tiga _____________________ kuih talam ubi di gerai Pak Dol.

5) Lelaki yang kejam itu memukul seekor anjing dengan se____________________ rantai basikal.

6) Orang kaya itu membeli se___________________ permata yang bermutu tinggi.

7) Sudin mengutip se_____________________ batu kecil lalu mencampaknya ke dalam sungai.

8) Pengganas itu telah menembak orang itu dengan menggunakan se ___________________ senapang otomatik.

9) Saya hanya mampu makan beberapa ___________________ cempedak sahaja kerana perut saya kenyang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan