Jumaat, 2 Disember 2011

KATA HUBUNG





Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.


(a) KATA HUBUNG GABUNGAN/PANCANGAN

1. Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
2. Mukanya pucat apabila disoal.
3. Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
4. Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
5. Leela dan Siu Lan berjiran.
(b) KATA HUBUNG BERPASANGAN.

1.  Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
2.  Baik Daud baik adiknya sama-sama pintar.

3.  Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
4. Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
5. Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.



(c)  Contoh kata hubung dalam bentuk Akar.

Dan, hingga, lalu, ketika, dengan, yang, tetapi, jika,kerana, serta, kalau, kemudian,demikian, walhal, walau, agar,atau, demi, supaya.
 
(d)  Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.

semasa, sementara, seharusnya, andaikata,semoga, seketika, sebaliknya, sedangkan,setelah, sesungguhnya, walaupun, itupun,sewaktu, seandainya, meskipun, sekali,mudah-mudahan, moga-moga, jikalau,bagaimanapun,padahal. 

Jawab soalan latihan di bawah.

1.Siti suka membaca buku cerita ___________ menunggu bas sekolah tiba.

A.supaya
B.selepas
C.semenjak
D.sementara

2.Perlawanan bola sepak itu akan tetap diteruskan __________ hujan turun tidak berhenti-henti.

A.seraya
B.kecuali
C.tetapi
D.serta

3.Susan makan ___________ membaca buku cerita.

A.sambil
B.serta
C.dan
D.lalu

4."Kunci semua pintu dan tingkap ___________ kamu keluar rumah," pesan ibu.

A.supaya
B.selepas
C.sebelum
D.sehingga

5.Kita harus berlatih pada setiap petang ___________ pada hari cuti.

A.lalu
B.ketika
C.kecuali
D.semenjak













Tiada ulasan:

Catat Ulasan