Khamis, 23 Mei 2013

Kesalahan Umum Tatabahasa


Kata Ganti Diri

1.      Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.2.      Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh:
  • Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
  • Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
  • Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah )
  • Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )
  • Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
  • Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
  • Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
  • Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )
  • Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( salah )
  • Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul )
  • Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah )
  • Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )
  • Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
  • Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )
  • Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
  • Buku-buku  ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )
  • Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )
  • Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )
  • Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
  • Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
  • Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
  • Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )
Kata Bilangan
  • Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
  • Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan sebagainya.
  • Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.
  • Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.
  • Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya.
  • Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.
betul       a. setengah-setengah orang      b. tiap-tiap murid      c. berbagai-bagai warna      d. kedua-dua mempelai
  • Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah )
  • Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )
  • dua setengah meter ( salah )
  • dua suku jam ( salah )
  • tiga setengah ringgit ( salah )
  • dua meter setengah ( betul )
  • dua jam suku ( betul )
  • tiga ringgit setengah ( betul )
Penjodoh Bilangan


2.      Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.


SALAH
BETUL

setiap orang muridsemua orang pekerjaseluruh  buah kampungsegala ekor binatangsekalian orang pesertapara orang guru

setiap muridsemua pekerjaseluruh kampungsegala binatangsekalian pesertapara guru

SALAH
BETUL

beberapa buah usulkedua-dua bentuk sifatsetiap buah sumbangansemua buah pendapatsegala butir cadangantiap-tiap bentuk kenanganpelbagai bentuk teguran

beberapa usulkedua-dua sifatsetiap sumbangansemua pendapatsegala cadangantiap-tiap kenanganpelbagai teguran


Kata Sendi


SALAH
BETUL

Devi datang daripada Batu Kurau.Saya menunggu Yatie daripada pukul dua.Ely terima surat dari ElyasSaya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera.

Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup

Devi datang  dari Batu KurauSaya menunggu Yatie dari pukul dua.Ely menerima surat daripada Elyas.Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera.

Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.


Kata Kerja   
  • kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. )
  • kata kerja yang berapitan men…..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.)
  • kata kerja yang berawalan meng…i ( membanjiri, menghadiahi dsb.)
  • kata kerja yang berawalan rangkap memper …. ( memperdaya, memperoleh)
  • kata kerja yang berapitan memper….kan ( memperhatikan, mempergunakan).
  • Kata kerja yang berapitan memper….i ( mempelajari, mempersentai dsb.)
SALAH
BETUL
Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga.
Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak.
Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran.
Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara.
Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping.
Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar.
Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga.
Hanim mengambilkan Ishak segelas air.

Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran.
Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara.
Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping.

Yatie menasihati saya agar rajin belajar.
  • Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.
  • Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.)
  • Kata kerja yang berapitan ber…an ( berdekatan, berguguran )
  • Kata kerja yang berapitan ber…kan ( berpandukan, berlandaskan dsb.)
  • Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.)
  • Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)
Kata Hubung
  • Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dan tetapi.
  • Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb.
  • Kata hubung berpasangan seperti baik…ataupun, baik…mahupun. Bukan saja….tetapi juga dan sebaginya.
3.      Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.4.      Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.5.      Kata mereka  tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.6.      Kata mereka tidak boleh diulang.7.      Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.1.      Terdapat 6 jenis kata bilangan:2.      Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.

salah a. setengah orang    b. tiap murid    c. berbagai warna   d. kedua mempelai

3.      Kata para tidak boleh diulang.4.      Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.

Bank Soalan UPSR


Cabaran Guru BM


MASALAH DAN CABARAN DALAM DUNIA PENDIDIKAN BAHASA MALAYSIA

Guru-guru Bahasa Melayu sering berhadapan dengan situasi pelajar berbangsa Melayu yang beranggapan bahawa bahasa Melayu tidak perlu dipelajari lagi kerana mereka menuturkan bahasa Melayu setiap hari. Oleh itu, mereka banyak melakukan kesalahan bahasa kerana menganggap perkara itu betul dan tidak salah. Tambahan pula, mereka menjadikan media massa sebagai rujukan. Walaupun media massa pada hari ini menunjukkan kesungguhan untuk membetulkan kesalahan bahasa tetapi masih terdapat kesalahan masih lagi dianggap betul. Oleh itu, kita haruslah membetulkan kesalahan yang biasa dilakukan dan membiasakan perkara yang betul.

      Bahasa yang terdapat pada papan iklan atau papan tanda jalan juga banyak yang salah. Kita sering melihat kata-kata seperti Selekoh MerbahayaRaju Klinik,Minah RestoranPusat Membeli-belah dan beberapa kesalahan lain. Oleh itu, pihak yang berkuasa dalam menguatkuasakan bahasa ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka sepatutnya menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada mereka untuk memantau kesalahan bahasa dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sekiranya masalah ini tidak dilakukan sudah tentu banyak pihak yang menganggap kesalahan tersebut bukan satu kesalahan.

      Selain itu, pengaruh bahasa sistem pesanan ringkas (sms) juga menyebabkan masalah ini semakin membarah. Para pelajar sepatutnya tidak terpengaruh dengan bahasasms semasa menulis karangan. Mereka seharusnya membezakan bahasa smsdengan bahasa penulisan karangan. Bahasasms memang sesuai digunakan semasa hendak menghantar pesanan ringkas tetapi tidak sesuai digunakan dalam karangan atau dalam majlis formal. Antara bahasa sms yang popular digunakan sekarang seperti sape, takyah, takde, xde, ko, keje, ak, gi, camne, katne dan watpe.

      Pengaruh bahasa Inggeris pula memang tidak dapat dielakkan tetapi hendaklah digunakan dalam bentuk dan peraturan yang betul. Kita tidak boleh menggunakan ‘merojakkan’ bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Perkara inilah yang dikatakan merosakkan bahasa atau sekerat ular, sekerat belut dan bercampur aduk. Para pengguna bahasa perlu menggunakan bahasa yang betul dan tidak menggunakan bahasa rojak dalam majlis rasmi atau dalam tulisan.

      Bagi pelajar-pelajar pula, mereka kurang berminat untuk mempelajari peraturan atau rumus tatabahasa. Oleh itu, mereka tidak mengetahui alasan atau sebab kesalahan yang telah dilakukan. Sebagai contohnya, mereka menggunakan perkataan yang tidak baku dalam jawapan seperti analisaminima,optimatengaharipasarayaalatulis,aturcara, barisan guru-guru dan perkataan-perkataan yang lain. Sepatutnya, mereka perlu mengetahui alasan atau sebab sesuatu kesalahan bahasa itu untuk memantapkan penguasaan bahasa mereka.

      Kesalahan lain yang kerap kali dilakukan adalah dari segi sebutan baku iaitu sepatutnya sebutan mengikut ejaan. Aspek sebutan ini kebiasaannya kurang dititikberatkan oleh pengguna bahasa terutamanya pelajar. Perkataan yang selalu disebut dengan pelbagai sebutan seperti nasionalismepekapsikologi danautomatik. Oleh itu, bagi para pengguna bahasa, perlu menyebut sesuatu perkataan itu mengikut ejaannya agar sistem bahasa kita ini dapat ditingkatkan. Walaupun, bunyinya agak janggal tetapi kita perlu membiasakannya agar menjadi satu kebiasaan.