Metafora
ialah gaya bahasa kiasan langsung atau perbandingan yang menyebut dua perkara
tanpa menggunakan kata perbandingan seperti, bagai,bak,ibarat,laksana dan
sebagainya. Ia menghubungkan sesuatu objek atau konsep dengan objek yang lain.
Biasanya metafora terdiri daripada dua perkataan yang ringkas,padat dan
tersusun. Metafora terbentuk dengan adanya tindakan untuk membandingkan sesuatu
konsep(abstraksi)dengan sesuatu yang konkrit dan lebih dikenali oleh masyarakat[1].
Dengan kata lain, perkataan itu mempunyai makna lain untuk tujuan tertentu
.Tetapi metafora tidak terikat lagi kepada makna dua lapis dan tidak pula
memerlukan pengutaraan perkara yang dijadikan bandingan.Maka, hakikatnya
metafora ini dapat dikatakan ungkapan atau simpulan bahasa bermakna
bandingan atau analogi. Oleh itu,
metafora dapat berdiri sendiri sebagai unit sendiri mengambil tempat dan fungsi
sendiri dalam struktur sintaksis[2]. Kajian Lakoff dan Johnson (1980) memberikan
impak yang besar terhadap kajian semantik kognitif khususnya
metafora. Lakoff dan Johnson (1980) menegaskan bahawa metafora wujud dalam
kehidupan seharian manusia melalui bahasa, pemikiran dan tindakan manusia.
1.2. METAFORA DALAM BAHASA MELAYU.
i.
“ Kalau sekali Mak Busu membuka mulutnya
yang merah asli,maka akan meletuplah mercun berpapan-papan yang entah bila akan
hentinya” ( Anis, “Hati Damailah”, Mei 1982)
Di
dalam ayat ini,kita harus mengenal pasti perkataan atau frasa yang manakah
metafora. Jika ditinjau dengan teliti didapati bahawa mulut Mak Busu atau
pertuturan Mak Busu dibandingkan dengan meletuplah mercun berpapan-papan.
Perbandingan ini dilakukan bukan dari aspek fizikalnya atau pertuturan Mak Busu
tidak dibandingkan dengan pola fizikal mercun berpapan-papan. Tidak ada
sebarang kesamaan lahiriah yang wujud antara pertuturan Mak Busu dengan mercun
berpapan-papan. Perbandingan yang dilakukan ialah tentang aspek audio iaitu
bunyi antara pertuturan Mak Busu yang kuat dan tidak henti-henti dengan bunyi
letupan bunyi yang berterusan. Perbandingan juga mungkin dilakukan dari aspek
sikap,mungkin nada tidak senang hati dengan apabila mendengar leteran Mak Busu
yang berjela-jela dan lantang bunyinya.
Di dalam penggunaan metafora
tersebut,peri lantang dan tidak henti-hentinya leteran dan pertuturan Mak Busu
menjadi lebih hidup dan berkesan. Antara pertuturan Mak Busu dan letupan mercun
berpapan-papan terdapat ketidaksuaian dari aspek semantik. Kedua-dua subjek ini
amat berbeza. Tetapi dengan lencongan yang dilakukan dalam ayat
tersebut,terjelmalah kesesuaiannya. Pembinaan metefora berdasarkan
pemilihan,penekanan dan pembentukkan ciri-ciri pada subjek utama dengan
mengimplikasikan pernyataan tentangnya yang diaplikasikan kepada subjek kedua.
Ciri utama pada pertuturan Mak Busu digambarkan mengikut ciri-ciri yang
biasanya terjadi pada subjek kedua iaitu bunyi letupan mercun. Dengan yang demikian, metafora mengimplikasikan
pernyataan tentang objek-objek yang dilihat melalui kanta istemewa.Dengan kata
lain,perkataan-perkataan lama itu diberi pengertian baru. Hal ini bermakna
metafora dibina sebagai satu proses linguistik untuk mengubah pengertian
harafiah tentang bahasa kiasan yang dicipta[3].
ii.
“Usah diperisterikan anak Pak Daud itu.
Dia kelapa ditebuk tupai.”
Kelapa
ditebuk tupai adalah metafora kepada anak dara yang sudah kehilangan daranya. Ia berbentuk
sindiran penghinaan kepada seseorang yang ketiadaan daranya. Objek konkritnya adalah buah kelapa dan
abstraksinya ditebuk tupai. Ia dibandingkan dengan buah kelapa apabila telah
ditebuk oleh tupai, biasanya ia akan dibuang oleh masyarakat kerana sudah rosak,
tidak dapat menghasilkan santan dan kemungkinannya juga masam dan layak dibuang sahaja. Disini anak Pak
Daud dibandingkan dengan buah kelapa yang sememangnya banyak kegunaannya oleh
masyarakat dahulu dan amat berguna
terutamanya dalam kalangan kaum wanita untuk memasak. Buah kelapa yang masih
elok biasanya menjadi rebutan begitu juga dengan gadis yang masih mempunyai
dara. Masyarakat Melayu dahulu amat mementingkan maruah keluarga dan akan
memilih calon menantu yang masih dara.Oleh itu,anak-anak dara tidak dibiarkan
hidup bebas dan bergaul mesra dengan kaum lelaki sehingga mempunyai hubungan
yang benar-benar sah. Tupai ialah haiwan
perosak dan dibandingkan dengan kaum lelaki kerana biasanya kaum
lelakilah yang akan menyebabkan anak gadis kehilangan daranya samaada berbentuk
paksaan(rogol) ataupun sukarela. Kaum lelaki tidak sepatutnya mengambil
kesempatan pada anak gadis kerana ia akan mengelapkan masa hadapan anak gadis
kerana setiap pasangan sudah tentu
inginkan calon isteri yang masih dara dan tidak rosak.Kiasan ini mengambarkan bertapa hinanya anak gadis
yang tidak mempunyai dara sehingga langsung tidak layak untuk dijadikan isteri.
Kiasan ini digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai peringatan kepada keluarga
agar sentiasa menjaga maruah anak gadis masing-masing supaya tidak dipandang
hina. Oleh itu, jelaslah ia dapat dikaitkan dengan teori Lakoff dan Johnson (1980) menegaskan bahawa
metafora wujud dalam kehidupan seharian manusia melalui bahasa, pemikiran dan
tindakan manusia.
iii. “Kita perlu tabah menghadapi gelombang kehidupan masa kini”.
Menurut Lakoff dan
Johnson,kebanyakkan sistem konseptual biasa kita dari segi kita
berfikir,bertindak dan bertutur tersusun secara metafora. Ini bermakna konsep
metafora berperanan untuk menyusun keseluruhan medan pengalaman berdasarkan
medan lain[4].
Gelombang kehidupan merupakan metafora yang digunakan dalam ayat ini. Ciri-ciri
yang terdapat pada subjek utama yakni gelombang diaplikasikan pada kehidupan
untuk memerikan lagi kesannya. Biasanya masyarakat menyebut laut bergelombang .Gelombang
adalah sesuatu yang konkrit,boleh
dilihat dan biasanya diketahui oleh masyarakat yang berkaitan dengan keadaan
laut yang bergelora dan kehidupan pula bersifat abstraksi kerana kehidupan
adalah sesuatu yang perlu dilalui oleh seseorang semasa hayatnya. Masyarakat
dahulu yang rata-ratanya nelayan sudah tentunya maklum akan maksud gelombang
itu. Dengan yang demikian, metafora mengimplikasikan pernyataan tentang
objek-objek yang dilihat melalui kanta istimewa.Sebenarnya ia dikiaskan kepada
rintangan dan cabaran yang perlu
ditempuhi oleh manusia untuk mencapai sesuatu yang dihajati agar meraih
kejayaan pada masa hadapan. Seseorang yang inginkan kejayaan sama ada dalam pelajaran ,pekerjaan dan alam rumah
tangga perlulah berusaha bersungguh-sungguh kerana kejayaan tidak akan datang
bergolek tanpa usaha. Kiasan diatas juga menasihati masyarakat supaya jangan
mudah kecewa dan berputus asa sekiranya mengalami kegagalan kerana lumrah
kehidupan akan menghadapi pelbagai halangan dan rintangan sebelum berjaya dalam
kehidupan masing-masing. Oleh itu setiap cabaran perlulah dihadapi dengan hati
yang terbuka dan usahlah mengeluh. Kesabaran adalah penting kerana ia tiang
agama seseorang.
iv.
“Jangan dihiraukan Haji Sukri itu, dia
harimau berantai.”
Kata-kata metafora terdiri daripada
dua bahagian. Bahagian pertama dikenali sebagai tenor,iaitu unsur atau bahasa
yang dibandingkan. Bahagian kedua dikenali vichicle,iaitu bahagian untuk
dibandingkan. Tujuan manipulasi bahasa ialah mencari perkataan/ungkapan/frasa
yang serasi dengan mesej,menghasilkan keindahan bunyi,keseragaman dan
keberkesanan pada masyarakat[5]. Metafora harimau berantai mengambarkan orang
yang sangat garang dan bengis, amat dikuatiri mendatangkan bahaya[6]. Di
dalam ayat ini sikap Haji Sukri dibandingkan dengan harimau berantai.Subjek
utama ialah Hj Sukri dengan mengimplikasikan pernyataan tentangnya pada subjek
kedua iaitu harimau berantai. Harimau adalah sejenis haiwan yang sangat ganas
dan garang. Tambahan lagi Ia akan bertindak kerana menambatnya dengan rantai.
Perbuatan menambat ini akan membuatkan harimau tersebut bertambah marah dan
makin ganas dan akan menyerang sesiapa sahaja jika berhadapan dengannya. Jadi
ia dikiaskan pada manusia yang mempunyai sikap panas baran dan bengis. Sikapnya
yang garang itu diumpamakan dengan harimau yang berantai. Tujuannya untuk
mengingatkan masyarakat agar sentiasa berhati-hati dengan seseorang yang bengis
agar tidak berlaku pergaduhan besar kerana orang yang bengis ini sentiasa dalam
keadaan marah dan pantang dicabar. Oleh itu, semasa berurusan dengan orang yang
bengis,kita perlu menjaga tutur kata dan perbuatan supaya tidak menimbulkan
kemarahannya yang boleh mengakibatkan pergaduhan besar berlaku.Penggunaan
metafora ini menjelaskan lagi perihal bengisnya sikap Hj Sukri. Pengucapan
dalam bentuk metafora ini dilihat lebih berkesan dan dapat menjaga keharmonian
hidup masyarakat. Penyampaian secara umum dan tidak membayangi menyebabkan
metafora tidak dianggap sebagai penghinaan.
v.
“Samad
merupakan gunung harapan Mak Inah untuk mengubah masa hadapan mereka”
. Harapan merupakan sesuatu yang
abstrak dan digandingkan dengan gunung yang berbentuk konkrit yakni boleh
dilihat bentuknya dengan jelas. Biasanya orang menyebut gunung bersama-sama
namanya seperti Gunung Jerai. Metafora ini bermaksud harapan yang tinggi seorang
ibu terhadap kejayaan anaknya. Bentuk harapan tersebut dikiaskan dengan gunung
melambangkan sesuatu yang sangat tinggi. Ini kerana gunung adalah sesuatu yang
dekat dengan kehidupan masyarakat kampung suatu ketika dahulu kerana sumber
pendapatan mereka berasaskan pertanian dan berkaitan dengan sumber alam ini.
Walaupun banyak lagi benda yang tinggi
seperti pokok kelapa, bukit dan bangunan tetapi ketinggian objek ini tidak setanding dengan tingginya gunung. Kita juga
sedia maklum bahawa nama gunung yang tertinggi di dunia ialah Gunung
Everast Begitu jugalah harapan seseorang
ibu bapa agar anak-anak yang mereka didik akan berjaya suatu masa nanti dan
mampu mengubah kehidupan mereka yang susah menjadi lebih senang . Oleh
itu,anak-anak perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran mereka supaya
tidak mengecewakan ibubapa kerana anaklah orang paling dekat dan mempunyai
hubungan rapat dengan ibu bapa. Kiasan ini ditujukan kepada anak-anak agar
mereka sedar dan insaf serta mengenang jasa kedua ibu bapa masing-masing dengan
berusaha bersungguh-sungguh kerana merekalah penentu masa hadapan dan jangan berharap pada orang tua
kerana mereka sudah tidak mampu memandangkan keadaan mereka yang semakin uzur.
1.3.KESIMPULAN
[1] Rahman Shaari(1993). Memahami Gaya
Bahasa. DBP.hlm 1
[2] Kamalidun Muhammad (Keris Mas,1990).Perbincangan
Gaya Bahasa Sastera.DBP hlm 150
[3] Hamidah Abdul Hamid(1995).Pengantar
Estetik,DBP.hlm 82
[4] Maxim Stamenov(1998).Teori Semantik.
DBP, hlm 161
[5] Maniyamin Hj.Ibrahim(1990).Gaya
Bahasa Kiasan.Karisma publication Sdn.Bhd.hlm 44
[6] Zaitan Afidza Zainal Abidin(2000).Pepatah
Melayu.Iqra Publications . hlm 5
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadammetafora : مجاز ( majaz)
BalasPadam