Sabtu, 29 Oktober 2011

PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan adalah kata yang digunakan bersama-sama dengan
kata bilangan.
2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya. Berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya.


 PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN

baris:
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya


batang:
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya


biji:
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya


cucuk:
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya


das:
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam


ekor:
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya


gugus:
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya


ikat:
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya


jambak:
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya


keping:
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya


ketul:
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya


laras:
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya


lembar:
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya


pasang:
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya


sikat:
Untuk pisang


ulas:
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya


utas:
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya.



    
    UJI IQ ANDA  


      




1) Se ___________________ tiang lampu di tepi jalan itu telah tumbang.

2) Bapa Ali sedang menebang pokok dengan menggunakan se___________________ kapak yang tajam.

3) Ibu membelikan adik dua ___________________ stoking baru.

4) Saya telah makan tiga _____________________ kuih talam ubi di gerai Pak Dol.

5) Lelaki yang kejam itu memukul seekor anjing dengan se____________________ rantai basikal.

6) Orang kaya itu membeli se___________________ permata yang bermutu tinggi.

7) Sudin mengutip se_____________________ batu kecil lalu mencampaknya ke dalam sungai.

8) Pengganas itu telah menembak orang itu dengan menggunakan se ___________________ senapang otomatik.

9) Saya hanya mampu makan beberapa ___________________ cempedak sahaja kerana perut saya kenyang.

PENULISAN BAHAGIAN C



PANDUAN MENJAWAB SOALAN

· Baca arahan dan petikan yang diberi dengan teliti
· Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang meunjukkan nilai murni,
· amalan baik, faedah atau pengajaran.
· Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan membefri contoh ayat yang
· terdapat dalam petikan.
· Tulis pengajaran atau rumusan tentang petikan.
· Semak semula dengan teliti untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, tanda
· baca, struktur ayat dan imbuhan yang digunakan.



CONTOH SOALAN LATIHAN

Esok Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. Aku sekeluarga sibuk melakukan persiapan akhir untuk menyambut kedatangannya. Sejak pagi lagi, ibu tidak menang tangan menyediakan pelbagai juadah. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur. Kali ini ib memasak ketupat, rendang daging, gulai ayam dan kuah kacang. Ibu turut menyediakan makanan kegemaranku iaitu lontong.

Di belakang rumah ayah dan abang sedang sibuk mengacau dodol. Tahun ini merupakan tahun kedua kami menyediakan dodol sebagai juadah hari raya. Adik-adikku pula bersorak riang sambil bermain bunga api di halaman rumah.

“Baik-baik bermain bunga api itu!” jerit ibu yang turut menjenguk keluar tingkap. Dalam kesibukan di dapur, ibu tetap bimbang akan keselamatan ketiga-tiga orang adikku itu. Selepas membantu ibu akau beralih ke ruang tamu pula. Aku menyusun kad-kad ucapan hari raya yang telah diterima daripada sanak-saudara dan rakan-taulan yang kusayangi Kad-kad itu aku gantungkan pada ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu bunga.

Aku tidak sabar menanti hari esok kerana selepas menunaikan solat hari raya kami sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung ayah. Aku mula merasakan keseronokan berhari raya bersama dengan sanak saudara di kampung.


CONTOH JAWAPAN

Sikap suka membantu keluarga yang merupakan sikap yang terpuji. Ini kerana dengan bantu-membantu dapat meringankan beban keluarga dan seterusnya menambah kasih-sayang. Selain itu akiviti bergotong-royong dalam keluarga juga baik, memandangkan banyak kerja dapat disiapkan dengan segera. Bermain bunga api pula, boleh mendatangkan kecederaan dan merupakan satu kesalahan. Menghantar kad-kad ucapan hari raya dapat mengeratkan tali silaturahim dan kasih sayang selain kad-kad yang diterima dapat menghias rumah dengan cantik. .Berziarah merupaka amalan yang baik kerana dapat mengeratkan hubungan sanak-saudara yang jauh. 






Ahad, 23 Oktober 2011

PENULISAN BAHAGIAN B


Panduan Menjawab Soalan Karangan
1. Baca dan fahami kehendak atau pertanyaan soalan
     -  Baca soalan dengan teliti, fahami kehendak atau arahannya.
     -  Bagi sesetengah soalan, ayat pertama atau ayat kedua adalah maklumat situasi,
        manakala kehendak atau arahan soalan adalah ayat terakhir
     -  Hindari sikap terlalu gopoh.

Sebagai contoh, perhatikan soalan berikut:

Sekolah kamu menganjurkan kejohanan olahraga. Tuliskan sebuah karangan yang menggambarkan suasana di kejohanan tersebut.

Ayat pertama maklumat atau situasi, manakala ayat kedua kehendak soalan. Amati kehendak soalan dan jawab apa yang ditanya. Perkara lain yang berkaitan dengan situasi dan kehendak soalan juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan sebuah karangan yang lebih menarik. Perkara-perkara yangtiada kaitan elakkan sama sekali.

 
2. Merangka atau mencatat isi-isi penting karangan.
     -  Rangka karangan hendaklah dibuat berdasarkan tiga bahagian Iaitu:
          a. Pengenalan / pendahuluan
          b. Isi ( memadai tiga isi ) beserta huraian dan contoh.
          c. Penutup

3. Menulis karangan lengkap berdasarkan kerangka atau isi-isi penting karangan
     -  Panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
     -  Perenggan pertama pendahuluan, perenggan kedua, ketiga dan keempat
          isi dan perenggan akhir penutup.
       -  Setiap isi hendaklah disertakan dengan huraian dan contoh.

4. Semakan
     - Pastikan struktur ayat, ejaan, tanda baca dan kosa kata yang digunakan betul dan tepat.
     - Pastikan setiap isis disertakan huraian dan contoh.


Langkah Menjawab Bahagian B
  -  Baca ketiga-tiga soalan yang disediakan dan cuba fahami kehendak soalan.
  -  Pilih satu sahaja soalan yang paling mudah. (Mudah mencari isi. Gunakan
     panduan / cara / petua mencari isi yang telah dipelajari)
  -  Bina kerangka karangan atau peta minda semasa mencari isi.
  -  Tulis karangan mengikut format yang betul dengan :
         -  Jelas dan terang
         -  Ayat yang gramatis dan struktur ayat yang betul
         -  Ejaan dan tanda baca yang betul
         -  Susunan cerita yang menarik

  -  Elakkan cerita-cerita yang tidak berkaitan dengan isi atau kehendak soalan.
  -  Semak semula dengan teliti untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, tanda
     baca, struktur ayat dan imbuhan yang digunakan.